Monday, June 6

Pengalaman: Temuduga Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (bahasa inggeris) di UM

assalamualaikum w.b.t.


dalam banyak-banyak interview aku pergi, ni yang paling nervous hahah. memula tak nervous pun sebab dah biasa pergi interview. okay, nanti aku cerita nape aku nervous.

bertempat di fakulti bahasa dan linguistik, universiti malaya , kuala lumpur, temuduga bermula jam 2.00 petang. semua calon diminta tunggu di dewan kenanga kot? sekali lagi aku lupa nama tempat. kat sini aku dah mula cuak sebab tengok ramainya chineseeeeeee dan indiannnnnn habislah aku matilanak rasa nak patah balik masuk kereta pastu balik pahang. terus nak give up kononnya. pastu tetiba kami dipanggil untuk mendaftar, masa nak daftar tu baru tau rupa-rupanya chinese tu ambik bahasa cina while the indians ambil tamil laaa kan aku je nervous tak pasal. pastu masuk balik kenanga hall tu tunggu situ. dorang kasi roti dan air kotak kot-kot belum lunch yelaaa kan start kul 2. bagus laa dorang. memang i tak sempat lunch pun. duk kat dalam hall tu i rileks je main twitter pastu half an hour later nama i kena panggil. kitaorang dibawa ke sebuah bilik. masa nilahhhhhh aku nervous terukkkk sebab ini group interview alamak aku tak bersediaaaa. bukan apa kalau aku jawab melalut ke itu urusan aku dgn interviewer je. dia bukan kenal aku pun kahkahkah. tapi bila group interview ni tahu je dia power sikit daripada kita terus gelabah terus nervous dan hilang confidence. satu group ada tiga orang. interviewer ada dua orang. soalan yang dia tanya more to critical thinking sahaja. soalan-soalan yang related dgn diri kita just macam aktiviti koko, sijil-sijil, and kenapa pilih course ni. yang lain tu critical thinking and saja nak kasi kita gelabah bila dia provoke kita.

hmmmm, tu jela.takde mende dah so good luck yugaisss.

1 comment:

  1. hi, i'm interested in learning this kind og language courses in um too. may i know that, does every language like spanish, japan,france etc had to do the interview too?

    ReplyDelete