Thursday, June 6

pergi yang tidak kembali

assalamualaikum w.b.t.


hari isnin malam selasa jam 11.58 malam, kedengaran suara menjerit memanggil "angah.angah. angah". nama panggilan adik-beradik kpd tuk aku. aku, mami, adik-adik aku, makngah, sepupu-sepupu aku bermalam di rumah tuk memandangkan tidak lama lagi acu aku bakal melansungkan perkahwinan. kami semua sibuk membuat persiapan.

      kami semua sedang lena diulit mimpi ketika pintu rumah diketuk. makngah terjaga. dia bangun buka pintu. aku ingat acu aku baru balik dari melepak di bandar. aku tak hiraukan. dalam mamai, kedengaran satu perkataan "meninggal". rupa-rupanya, aki tam dan anaknya kak fatin mengganggu lena aku. aku tersentak. mata terbuka. hati berdetik. "meninggal. siapa yang meninggal?" pak sedara sepupu aku, mohammad zafarul syafiq meninggal. eksiden. highway kat lanchang. teruk. arwah meninggal di tempat kejadian. arwah digilis. aku terpaku. terkaku. terdiam. aki tam dan kak fatin (ayah dan adik kpd arwah) bergegas ke hospital temerloh kerana arwah dihantar ke sana.

     mami dan tuk duduk berbincang. mereka mahu segera ke sana. dengan segera, mami call acu. suruh balik. mereka bergegas ke hospital temerloh jam 12.30 pagi. aku ditinggalkan di rumah. menjaga adik-adik tambahan pula makngah sedang mengandung. namun, kami takdapat melelapkan mata dan hanya menunggu berita lanjut. hampir subuh, jenazah sampai di rumah. jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital kerana fizikalnya sangat teruk. hancur. bayangkan kalau anda digilis tiga buah kereta dan sebuah lori. boleh anda bayangkan?

      kami semua tidak sangka beliau akan pergi meninggalkan kami sebegini. kami tak sangka pada umur hanya 22 tahun, beliau dijemput ilahi dengan cara yang sangat tragis. yang tak pernah kami bayangkan. beliau seorang yang sangat baik. adik-beradiknya sangat terkesan dengan kepergiannya. along tak berhenti menangis. syawal dipapah masa dijemput dari kem plkn. semua orang menangis. betapa hibanya kami. aku sendiri terkesan. aku dah lama tak jumpa dgn arwah. kali terakhir jumpa arwah masa kak fiza bertunang. itupun tak sempat bertegur sapa dgn arwah. sekarang, arwah dah pergi. meninggalkan kami buat selama-lamanya.


abang ngah. kami semua sayangkan kau. kami semua rindukan kau. along menangis kalau balik dari menjenguk pusara kau ngah. along bukan along. kami tak sangka kau pergi macam ni angah. aku tahu pasti kau sendiri menangis tengok keadaan jenazah kau yang tak sempurna kan angah.. ngahhh...





keadaan kereta arwah. keretanya tak berapa teruk. tapi dikatakan arwah terpelanting keluar dari kereta.

          angah, kami hanya mampu mendoakan agar kau tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. angah, kami semua sayang kau. al-fatihah.

Tuesday, May 28

bahagiamu deritaku

assalamualaikum w.b.t.


                    uhuk..uhuk. rilek. sila bawak bertendang. ai tahu uolls semua rindukan ai memandangkan lama ai tak mengupdate belog. hihihihhi. aku busy lately ni sebab tu lah tak sempat nak melambutkan jari-jemari ini untuk menulis untuk korang semua. hahaha. walaubagaimanapun, acece. canggih ayat. walaubagaimanapun, aku sanggup mengorbankan sedikit masa walaupun terkorban jiwa raga demi pembacaku yang terchenta. hikhiikhik. diharapkan korang semua tak muntah darah membaca pendahuluan entry aku yang tak semegah mana.

                     aku sebenarnya takda cerita menarik pun nak story dekat korang memandangkan takda benda menarik pun yang berlaku dalam hidup aku. tapi jangan risau. kalau aku bertunang ke aku nak kahwin ke insyaAllah aku bagitahu korang semua. setakat ni calon pun aku takda lagi. bukak cerita pasal kahwin. tak lama lagi satu-satunya pak sedara aku nak kahwin tak lama lagi. maka, bertambah busy lah aku masa cuti ni nak buat preparation untuk kenduri hengko. hahahha. disebabkan kenduri lepas cuti sekolah, mereka memaksa diri daku untuk memonteng kelas. sedihnya rasa hati. rasa macam nak berguling-guling  membantah cadangan mereka, *k, ni auta. pada masa cuti ni, kami berhempas pulas buat hantaran kemas rumah kemas bilik pengantin nak buat kek goodies dan memacam lagilah. sebab semuanya kami buat sendiri je. sepanjang cuti sekolah ni jugak banyak jemputan kenduri. mak aii, banyak sangat. tak larat mak nak pergi tau. hmm, apa lagi nak cerita ye. hah, twitter aku diprivate buat sementara waktu. lepas aku habis SPM nanti baru aku unprivate semula. kenapa? tayah cerita lah. sampai maghrib besok tak habis lagi cerita. hahahhhh. hah, korang nak tahu tak? tanak? k, takpelah. malas nak cerita. tak penat aku nak menaip. hahahha. okaylah, korang jangan marah ye. nanti lepas cuti sekolah aku update lagi. sekarang ni aku busy nak tengok pahang vs johor darul takzim. keh, bye.


kepada semua adik-adik yang pegi bercuti. bercuti secara berhemah dan selamat ye. jangan sampai mengorbankan nyawa. dan jangan sampai mengorbankan poket mak bapak. hihihiihi. selamat bercuti
note: err, tajuk entry tu takda kena mengena pun dengan entry ni. hihihihi

Saturday, January 12

If Allah Will

assalamualaikum w.b.t

         stress, nak nangis, nak meraung, menjerit dan yang bersangkut paut dengannya. kenapa? mesti ada sebab kan. takkan tetiba nak meraung menangis bagai, sah-sah gila. hahaha. daripada aku memendam perasaan sehingga menjeruk rasa, hati dan buah pinggang aku baik aku cerita dekat korang. cenggini ceritanya........

#flashback
setelah solat hajat. dalam surau sekolah.
ada satu pengumuman bagi semua pelajar tingkatan lima sila tunggu di dataran selepas ini. macam tulah lebih kurang apa yang ustaz cakap. hati berdebar tak ketahuan hala. tertanya-tanya kenapa cikgu suruh berkumpul. dengan gigihnya kami, rombongan mak jah ke dataran dengan segera. lama tau tunggu kat situ. cikgu lambat. setelah menunggu beberapa ketika *wah, ekselen bahasa melayu ai. hikhik* cikgu datang dan suruh beratur mengikut kelas. rope-ropenya cikgu nak edarkan borang pendaftaran mata pelajaran bagi calon SPM 2013. "lah, nak bagi benda alah ni rupanya ingatkan apekebenda". pastu cikgu cakap lagi ( cikgu siti salmah ) anda diberi tempoh selama seminggu untuk melengkapkan borang ini dan serahkan kepada saya on the dot. hah? omaigad. mana sempat fikir nak drop subjek bagai. kawan-kawan pun ramai kegelisahan ibarat cacing kelemasan kepanasan. antara yang ramai-ramai tu aku pun terlibat sama ingin mengurangkan subjek yang diambil. sebelas woo. banyak tuu...

#di rumah
mami, pagi tadikan cikgukan bagikan *boleh cakap betul-betul tak. kan kan kan* pagi tadi cikgu bagi borang pendaftaran mata pelajaran calon SPM 2013. cikgu bagi tempoh seminggu je isi borang tuh. macam mana nii? ada nak drop subjek ke? subjek apa? kimia, addmath, fizik, bio? mami tanya. taknak drop science extreme, nak drop bahasa arab. *sudah bermula drama swasta starring by nadirafarhana anak incik bazli from tasteless island* di rasa di tak boleh bawak dah bahasa arab tuu. terlalu berat untuk di. di tak yakin di boleh. dah lah susah. di tak pernah lulus pun masa form4 tuu. *cakap lelaju tak berhenti* tapi di taknak lah drop adik-beradik dia dua orang lagi tu. (Pendidikan syariah islamiah dan pendidikan al-quran dan as-sunnah). macam mana ni? pastu mami cakap. fikir betul-betul dulu dalam seminggu ni. nanti mami suruh abah telefon pengetua tanya boleh tak drop arab tanpa mendropkan dua adik-beradik dia keh. *mentang-mentang ada special bonding dgn pengetua sekolah, haha* aku dengan berat hati menjawab "okayy". tak jawab kang jadi anak derhaka pulak.


                 sekarang aku kena fikir betul-betul sebab ni semua melibatkan masa depan. tapi kalau aku drop aku kena lah ambik subjek elektif lain pulak kan. nak cover. tak hingin aku. so, semuanya terserah kepada aku untuk membuat keputusan. sebelum itu kita sebagai hamba Allah kenalah mengadu padaNya dan minta pendapatNya. insyaAllah kita akan temui jawapannya. and istikharah is the best way. kepada semua yang berada dalam kekusutan untuk membuat keputusan berdoalah kepadanya insyaAllah Dia akan membantu. semoga aku juga temui jawapan kepada semua kekusutan ini. insyaAllah.

Tuesday, January 8

Didi si Bendahari

assalamualaikum w.b.t

        terasa comel tajuk cenggitu. hehe. dikala orang lain sedang enak berjimba di hari cuti, aku berhempas pulas menggagahkan diri ke sekolah.  baru first week sekolah, extra classes dah bermula nak meraung aku rasa. tiap-tiap hari pergi sekolah termasuk sabtu dan ahad siapa yang suka. korang pun mesti hentak-hentak kaki sambil muncung mulut boleh sangkut hanger. buruk tahu. so, jangan buat. tapi dah sebab tahun ni SPM aku redha jelah. kata nak straight A kan kan kan. disamping kelas tambahan tanpa rehat, keceriaan kelas juga harus diutamakan. ditambah lagi dengan desakan separuh mati oleh ustazah cikgu kelas yang meyesakkan kepala aku nii, terpaksa lah aku menyempitkan kepala otak aku yang sedia sempit dengan homework ni memikirkan tentang apa yang perlu dibuat demi menjadikan kelas kami dabooom booom boom. tahun last main hias-hias kelas keh. so, dengan gigihnya pada hari ahad, lepas kelas tambahan aku dgn eiwa pergi bandar nak beli kain langsir dengan skirting uolls. excited ni.

#day one.
sambung yang tadi. hari ahad lepas kelas addmath. aku dengan eiwa keluar gi bandar nak beli kain langsir dengan skirting. tapi disebabkan ke'eksaited' yang melampau, kami lupa bahawasanya pada hari ahad kebanyakan kedai ditutup ye. sebenarnya kitaorang tak ingat pun hari tuu hari ahad. haha. maka aku decide lah nak beli alas meja sahaja. bermulalah pengembaraan kami mencari tikar getah nak buat alas meja. malangnya, kedai tutuplah weii. dari kedai ke kedai kami jelajah. tak ada. last-last kami pergi satu pasaraya nii, yeay ada tikar getah kaler yang kami cari. mintak lah lima meter. sekali tak cukup beb. dengan perasan frust tertonggengnya keluar lah dari pasaraya tersebut tanpa membeli apa-apa. setelah meronda membakar kulit muka mengeringkan tangki minyak, kami pergi satu pasaraya. pasaraya ni adik beradik dengan pasaraya yang tadi. yess, ada tiga jenis kaler yang kitaorang nak. melompat-lompat kegembiraan hokeh. tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, aku berlari-lari dalam pasaraya tu hokeh. hanyalah kerana tikar getah. besarnya pengorbananku. *please, terharu.

#day two
keesokan harinya, mengembara ke kedai kain untuk membeli langsir.  dapat kaler yang kami nak. sangat puas hati. tak perlu bersusah payah. tapi kaler untuk softboard dengan skirting takda. keh, nak meraung kejap. dah. decide tanak beli skirting lagi. kaler untuk softboard diubah. tamat disitu. pastu, beli tikar getah lagi sebab semalam tak cukup. duit pun banyak habis keh. taktau lah duit cukup ke tak nak beli macam-macam benda lagi. lepas beli langsir, kitaorang pergi sekolah. kitaorang pun pasang lah alas meja tuu tetapi malangnya banyak meja yang degil yaa. haha. dan akibat keletihan kami semua tidur awal malam tuu tanpa buat homework. haha

#day three
hari ni eiwa takda. ada hal yang perlu diuruskannya. aku dgn classmates yg lain berkampung berkelah di kelas ye. dan cikgu-cikgu ada meeting. dahlah bilik meeting depan kelas kami. tak boleh nak berjimba. dah lah cikgu pandang aku semacam je naik seriau aku rasa. dan tanpa berlengah (sebenarnya banyak masa yang terbuang) kami buat apa yang patut. aku pasang kain kat softboard dan benda yang paling tak enak didengar kain tak cukup !! aku rasa aku salah kira lah. aiseh, kepala hotak terlebih berserabut. tulah benda yang jadi. terlalu penat kot. cis. dah kena beli kain lagi. malas betul, nasib skirting tak beli lagi. kelas dah ada banyak perubahan walaupun bukan secara menyeluruh. nanti hujung bulan cantiklah kelas kami. hehehe.

p/s: perjalanan kami mengembara demi sebuah kelas yang cantik menawan kau memang daboom belum berakhir lagi okeh. hari sabtu ni start mengecat. bersemangatlah !! hahaa

Friday, January 4

The New Chapter of My Life.

assalamualaikum w.b.t.

          the first day of school. macam-macam perasaan bercampur baur. takut. berdebar. hepi. cemas. excited. gembira. sedih. nampak tak betapa bercampur-baur nya semua perasan tuh. berlalu satu hari, perasaan tu berganda. kali ni termasuk speechless.tergamam. tak tahu nak kata apa. homework. mak aii,, banyak gila. baru first day ye anak-anak. kalut tak cukup tangan buat homework. nampak gayanya sempena tahun 2013 cikgu berazam untuk lebih berdedikasi. ditambah lagi dengan berita ustazah nak buat kelas tambahan pendidikan alquran dan assunnah pada hari sabtu jam 9 pagi. speechless lagi. baru first week sekolah okayy. the next day, bertambah lagi homework. dua kali ganda. jari jemari naik bengkak. pinggang lenguh. tidur lewat. dikejutkan lagi dengan berita kelas tambahan addmath pada setiap hari ahad bermula daripada ahad ini jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. dua kali ganda speechless. otak berhenti memproses buat seketika. baru first week sekolah okay. diulang lagi . baru first week sekolah! tak tahu nak hepi ataupun berduka-lara. the third day, bertambah lagi kerja sekolah. padahal yang semalam pun belum siap lagi. ditambah dengan bebanan nak menceriakan kelas. langsir baru. skirting baru. cat baru. everything yang baru dan gojes. i likee. balik rumah dibebani lagi dengan persoalan bila nak buat P. omai,, tiap-tiap minggu pergi dating dgn cikgu. nak ponteng sekolah pun tak berani.  nanti ketinggalan. bila masa nak buat P nya weii. tak berlesen lah aku. mmg pening kepala pikir semua masalah dikalangan masalah-masalah yang ada. nasib baik kelas aku jenis yang hepi doplohpat jam. hilang sedikit demi sediit ketensenan. tak lah aku gila menjelang SPM nanti.. haha

biar orang kata kami gila janji kami gembira (: