Monday, June 6

Pengalaman: Interview TESOL di USM

assalamualaikum w.b.t.

sebenarnya malas nak menaip tapi gigih gak laa nak cite pengalaman aku kat korang. tapi entry ni berbahasa melayu je sebab malas nak mengerah otak ni hahahah.

bertarikh 12 mei 2016 aku bergerak ke kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia yang bertempat dekat Kubang Kerian, Kelantan. temuduga dijalankan pada jam 8.15 pagi. actually taklah tepat 8.15 pun hahah. sebelum kul 8 dah gigih menunggu kat dewan murni ke apa ehh nama dia. kat situ nanti dia akan panggil masuk untuk daftar. setelah mendaftar, dorang akan bagi borang suruh kita isi details kita pastu dia tanya apa objektif kita. dah siap tu dalam kul 9 dia akan panggil nama ikut group yang telah dorang susunkan. btw, aku dapat group 5 group yang terakhir sekali dan antara orang ketiga yang terakhir sobs sobs sobs. dalam satu group ada 11 orang. 6 orang calon saspen (sastera pendidikan dengan pilihan subjek sejarah, bahasa melayu dan geografi), 2 orang calon pendidikan khas dan 3 orang calon tesol. memula cuak ingat aku sorang je tesol sebab bila tanya dorang semua budak saspen apeniiii.

jadi aku nak cite bagi calon tesol laa kan. masa memula masuk IV room tu ada dua orang panel. dua-dua perempuan (unfortunately) sorang malay, sorang lagi chinese. memula masuk pegi kat meja dorang kasi fail korang yang penuh dengan sijil tu pastu dia akan kasi text suruh baca loud and clearly. kalau calon tesol of course laa text dalam english kann. pastu ada ujian buta warna. pastu dah settle dia suruh kita duduk. jauh yang amat dia bubuh kerusi memang kena cakap kuat-kuat laa. interview ni menggunakan dua-dua bahasa melayu dan bahasa inggeris tapi since iollls calon tesol of course banyak english laa kan soalan bm bape je dia tanya sobs sobs sobs.

soalan-soalan yang ditanya:

  1. kenapa pilih tesol?
  2. adakah di tempat awak, english digunakan secara meluas? why?
  3. bagaimana nak menarik minat pelajar utk belajar english?
  4. kenapa nak jadi cikgu?
  5. sila buat demo mengajar (yang ni kena mengajar kat depan. disediakan whiteboard sekali)
  6. dari mana awak belajar grammar ( ni sebab aku buat demo ajar grammar)
  7. selain usm, apply mana lagi?
  8. ceritakan aktiviti kokurikulum yang awak sertai di sekolah.
  9. apa kriteria-kriteria yang terdapat pada diri awak yang menjadi sebab kenapa kami perlu pilih awak sbg pelajar usm.

dua soalan last tu dalam bm. walaupun bm tapi punya laa payah nak jawab yang last tu. sebab memang tak biasa nak promote diri sendiri hahah. obviously soalan dia takde laa camtu tapi aku ringkaskanlah. satu je nasihat aku, berfikirlah macam ko tu seorang cikgu. kata apply ijazah sarjana muda pendidikan...

so harap-harap ini membantu. good luck!!

2 comments:

  1. can u share how did u answer all the question provided?

    ReplyDelete
  2. Thank you sangat membantu. Nk bertanya, TESOL ni utk pendidikan saja ka?

    ReplyDelete