Thursday, May 29

choices to choose

assalamualaikum w.b.t.

cuti sekolah dah bermula. tentunya ramai sangat yang seronok gila nak mati terutamanya adik-adik aku haha tapi aku pun hepi gak korangpun mesti sama je kan. hakhakhak.

macam korang semua tahu guwa ni kan SPM leaver. mesti korang tertanya-tanya kemanakah aku further study dannnnnn amacam dengan interview aku haritu dapat ke idokk. hah. cerita pun bermula.

kalau korang nak tahu guwa tak dapat matrik pun sebab......... hmm, korang pikirlah sendiri. haha. ofkos laa sebab addmath guwa teruk. bukan setakat addmath kimia pun sama *sigh. disebabkan aku tak dapat matrik maka secara automatiknya guwa ditawarkan ke tingkatan 6 aliran sains. YESSS, SAINS! ohh deym. mula-mula guwa berat hati gila nak pegi daftar sebab nak tunggu upu kan. tapi last gi jugak daftar atas beberapa nasihat orang kesayangan hikhiks. dah daftar minggu orientasi pun bermula. tapi masih jugak tunggu upu. hari yang dinanti-nantikan pun tiba. jeng jeng jeng. lalu frust menonggeng lah aku sebab takdapat. iye, TAK DAPAT. sedih kan. aku dapat tahu ramai yang tak dapat. kawan-kawan aku pun ramai tak dapat. ehh, camne nii. dah laa matriks tak dapat upu tak dapat haish acaner nak buat nii. tapi kalau dapat matriks memang tanak pegi pun tak sanggup dah nak hadap kimia. hehehe. ehh, lupa pulak aku dah daftar form 6 kan. haa,selesai masalah. hello, adik-adik jangan pandang rendah pada form 6 tau. sekarang form 6 dah guna sistem semester. sangat senang mudah dan pantas. belajar selama 3 semester sahaja nanti dapat sijil STPM dah setaraf dengan diploma tau. takpayah susah-susah ambik diploma 3-4 tahun penat nak belajar adik oii. walaupun orang kata form 6 susah ke tak glamer ke ah lantak laa. adik, belajar kat mana-mana pun susah. kalau kau tanak belajar pun jadi susah jugak kan. jadi fokus utama adalah niat untuk belajar. walaupun orang kata diploma boleh belajar pelan-pelan lama kan 3 tahun tu. banyak pengalaman luas pemandangan. yelaa form 6 duk sekolah je yedokk. tapi inginku tegaskan sekali lagi. ceitt poyo pulak rasa. hehehe. walaubagaimanapun, aku masih buat rayuan untuk upu tuu. mak abah mengharapkan keajaiban walaupun hakikatnya anak dia ni dah redha dan pasrah lalu bertawakkal pada yang esa. amboiii. tapi jujur aku cakap kalau dapat diploma aku tanak pegi biarlah duk form 6 setahun setengah je. hakhak. tapi kalau dapat asasi aku pegilah. kot. sebab aku merayu untuk asasi undang-undang. TESL sah-sah laa tak dapat dan memang tak boleh buat rayuan kan kos bertemuduga. daripada dulu dah target aku nak buat asasi sebab setahun je kan cepat dan pantas hakhak. tapi untuk asasi uitm pun ambik 7A keatas. hmmm, aku dapat lima ketul je. sedihh. so sekarang target aku untuk teruskan form 6 dengan bersungguh-sungguh dan jayanya manalah tahu nanti dapat 4P. haaa, sekarang pun aku dalam proses tukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan. hekhek, walaupun ramai yang pujuk aku untuk ambik aliran sains terutama para cikgu tapi i'm sorry cikgu. guwa dah tak yakin nak ambik sains walaupun aku sayang gila nak lepaskan fizik. my febret subjek khenn. tapi ku gagahkan jua demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. ecececeh.

p/s: belajar kat mana-mana pun sama tapi yang penting niat kita tekad kita. kalau kita bersungguh-sungguh kita mesti boleh berjaya. tak mustahil kan. tapi aku pun tengah konpius kalau rayuan aku berjaya nak pegi ke idok yee sebab aku sayang nak tinggalkan classmates ku terchenta. ahaks.