Friday, September 28

muhasabah diri..

assalamualaikum w.b.t.

               assalamualaikummmm.....  walaupun saya beri salam dengan penuh berhemah dan sopan santun, saya masih lagi spesis manusia normal yang masih hidup di muka bumi Allah ini. saya bukan spesis hantu dua alam atau sebagainya . hahaha. saya cuma memburukkan lawyer sahaja (loyar buruk,, harap faham).

               entry kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang adab memberi salam yang pada hari ini ramai orang mengambil ringan tentang adab-adab memberi dan menjawab salam. mari kita saling memperingati antara satu sama lain mengenai adab memberi salam.

sabda rasullulah s.a.w.:

 "daripada abu hurairah r.a., rasullulah s.a.w. bersabda; 'orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, pejalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang muda kepada orang tua.'

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

hukum memberi salam:
1. memberi salam kpd saudara  seagama sangat digalakkan dalam Islam.
2. hukum member salam adalah sunat muakkad sementara menjawabnya adalah wajib.
3. pahala orang yang memberi salam adalah lebih besar daripada pahala orang yang menjawabnya.
4. lafaz salam yang ringkas ialah 'assalamualaikum' akan diberi ganjaran 10 kebajikan.
5. lafaz 'assalamualaikum warahmatullah' akan diberi ganjaran 20 kebajikan.
6.lafaz 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' akan diberi ganjaran 30 kebajikan.

              maka memberi salam itu adalah sunat tetapi menjawabnya adalah wajib. adakah semua orang prihatin mengenai hal menjawab salam. kononnya menjawab di dalam hati. jawabkah mereka. inilah persoalannya. memberi dan menjawab salam masing-masing akan diberi ganjaran. mudah sahaja jika kita ingin mengumpul pahala. beginilah caranya. di manakah adab orang Islam? memberi salam semakin diabaikan dalam kehidupan moden masa kini. semua orang mengambil mudah tentang adab-adab Islam.
fikirkanlah.

            saya mengaku tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini. saya juga mengaku saya juga kadang-kadang terlalai. terlupa. tapi kita kena terapkan budaya memberi salam dalam diri kita kerana ini melambangkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri kita. banyak hikmah yang dapat kita peroleh daripada memberi salam. mungkin kita tak tahu. tapi kini kita dah tahu.

           minta maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan saya. perbetulkan saya jika ada salah dan silap. sebarang kekhilafan amatlah dikesali. hehehe.

assalamualaikum w.b.t.