Monday, June 6

Pengalaman: Temuduga Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (bahasa inggeris) di UM

assalamualaikum w.b.t.


dalam banyak-banyak interview aku pergi, ni yang paling nervous hahah. memula tak nervous pun sebab dah biasa pergi interview. okay, nanti aku cerita nape aku nervous.

bertempat di fakulti bahasa dan linguistik, universiti malaya , kuala lumpur, temuduga bermula jam 2.00 petang. semua calon diminta tunggu di dewan kenanga kot? sekali lagi aku lupa nama tempat. kat sini aku dah mula cuak sebab tengok ramainya chineseeeeeee dan indiannnnnn habislah aku matilanak rasa nak patah balik masuk kereta pastu balik pahang. terus nak give up kononnya. pastu tetiba kami dipanggil untuk mendaftar, masa nak daftar tu baru tau rupa-rupanya chinese tu ambik bahasa cina while the indians ambil tamil laaa kan aku je nervous tak pasal. pastu masuk balik kenanga hall tu tunggu situ. dorang kasi roti dan air kotak kot-kot belum lunch yelaaa kan start kul 2. bagus laa dorang. memang i tak sempat lunch pun. duk kat dalam hall tu i rileks je main twitter pastu half an hour later nama i kena panggil. kitaorang dibawa ke sebuah bilik. masa nilahhhhhh aku nervous terukkkk sebab ini group interview alamak aku tak bersediaaaa. bukan apa kalau aku jawab melalut ke itu urusan aku dgn interviewer je. dia bukan kenal aku pun kahkahkah. tapi bila group interview ni tahu je dia power sikit daripada kita terus gelabah terus nervous dan hilang confidence. satu group ada tiga orang. interviewer ada dua orang. soalan yang dia tanya more to critical thinking sahaja. soalan-soalan yang related dgn diri kita just macam aktiviti koko, sijil-sijil, and kenapa pilih course ni. yang lain tu critical thinking and saja nak kasi kita gelabah bila dia provoke kita.

hmmmm, tu jela.takde mende dah so good luck yugaisss.

Pengalaman: Interview TESOL di USM

assalamualaikum w.b.t.

sebenarnya malas nak menaip tapi gigih gak laa nak cite pengalaman aku kat korang. tapi entry ni berbahasa melayu je sebab malas nak mengerah otak ni hahahah.

bertarikh 12 mei 2016 aku bergerak ke kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia yang bertempat dekat Kubang Kerian, Kelantan. temuduga dijalankan pada jam 8.15 pagi. actually taklah tepat 8.15 pun hahah. sebelum kul 8 dah gigih menunggu kat dewan murni ke apa ehh nama dia. kat situ nanti dia akan panggil masuk untuk daftar. setelah mendaftar, dorang akan bagi borang suruh kita isi details kita pastu dia tanya apa objektif kita. dah siap tu dalam kul 9 dia akan panggil nama ikut group yang telah dorang susunkan. btw, aku dapat group 5 group yang terakhir sekali dan antara orang ketiga yang terakhir sobs sobs sobs. dalam satu group ada 11 orang. 6 orang calon saspen (sastera pendidikan dengan pilihan subjek sejarah, bahasa melayu dan geografi), 2 orang calon pendidikan khas dan 3 orang calon tesol. memula cuak ingat aku sorang je tesol sebab bila tanya dorang semua budak saspen apeniiii.

jadi aku nak cite bagi calon tesol laa kan. masa memula masuk IV room tu ada dua orang panel. dua-dua perempuan (unfortunately) sorang malay, sorang lagi chinese. memula masuk pegi kat meja dorang kasi fail korang yang penuh dengan sijil tu pastu dia akan kasi text suruh baca loud and clearly. kalau calon tesol of course laa text dalam english kann. pastu ada ujian buta warna. pastu dah settle dia suruh kita duduk. jauh yang amat dia bubuh kerusi memang kena cakap kuat-kuat laa. interview ni menggunakan dua-dua bahasa melayu dan bahasa inggeris tapi since iollls calon tesol of course banyak english laa kan soalan bm bape je dia tanya sobs sobs sobs.

soalan-soalan yang ditanya:

  1. kenapa pilih tesol?
  2. adakah di tempat awak, english digunakan secara meluas? why?
  3. bagaimana nak menarik minat pelajar utk belajar english?
  4. kenapa nak jadi cikgu?
  5. sila buat demo mengajar (yang ni kena mengajar kat depan. disediakan whiteboard sekali)
  6. dari mana awak belajar grammar ( ni sebab aku buat demo ajar grammar)
  7. selain usm, apply mana lagi?
  8. ceritakan aktiviti kokurikulum yang awak sertai di sekolah.
  9. apa kriteria-kriteria yang terdapat pada diri awak yang menjadi sebab kenapa kami perlu pilih awak sbg pelajar usm.

dua soalan last tu dalam bm. walaupun bm tapi punya laa payah nak jawab yang last tu. sebab memang tak biasa nak promote diri sendiri hahah. obviously soalan dia takde laa camtu tapi aku ringkaskanlah. satu je nasihat aku, berfikirlah macam ko tu seorang cikgu. kata apply ijazah sarjana muda pendidikan...

so harap-harap ini membantu. good luck!!

Sunday, June 5

Resepi: ayam masak halus

Assalamualaikum w.b.t

Hai kali ni nak kongsi resepi mak saya yang special heheh. Taktau nama dia apa tapi kitaorang panggil ayam masak halus. Lol.



Bahan-bahan:

  1. Ayam (potong kecik)
  2. Bawang halus -6biji
  3. Bawang putih-2biji
  4. Cili
  5. Daun limau-2/3 keping
  6. Asam keping-sekeping jek
  7. Cili kisar -4 sudu bsr
  8. Sos cili-4 sudu bsr
  9. Sos tomato-1 sudu bsr
  10. Sos tiram-2 sudu besar
  11. Kicap
  12. Sayur-sayuran (lobak,kubis bunga, tomato)
  13. Bahan perasa (garam, ajinomoto)

Cara-cara:
  1. Goreng ayam-ketepikan
  2. Tumis bawang halus, bawang putih dan cili yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan daun limau
  4. Masukkan asam keping
  5. Masukkan semua jenis sos.
  6. Kicap sedikit sebagai pewarna
  7. Masukkan sayur lobak dan kubis bunga- gaul sehingga sayur lembut.
  8. Sekiranya kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  9. Masukkan ayam. Gaul sebati.
  10. Masukkan tomato.
  11. Rasa dan masukkan bahan perasa secukupnya sekiranya perlu.

Monday, February 15

Resepi: Aiskrim Milo

assalamualaikum w.b.t.

ni nak share resepi aiskrim homemade yang senang gila wallah. jimat duit beli aiskrim. bahan pun simple je k. sebab i hantu aiskrim.kalau asyik beli je habislah kopak duit. hihih.


bahan-bahan:
susu cair
ovalette
esen vanila
susu pekat
milo

cara-cara:

  1. campurkan setin susu cair dan satu sudu besar ovallete dan pukul guna mixer sampai kembang dan kental. pukul selama 10 minit lebih kurang. atau lebih. camne nak tahu dah kental? susu cair kan cair so bila dah sebati dengan ovallette tu dan dipukul lama dia jadi cam pekat laa. pekat, likat melekat ahh giteww. paham tak?
  2. pastu masukkan esen vanila sesudu kecik. tak letak pun takpe sebab resepi ni bukan ada telur pun
  3. pastu masukkan susu pekat sesedap rasa. ekjas kemanisan ikut tekak korang.
  4. pastu masukkan milo (atau bahan perasa lain seperti stroberi, anggur, durian ikut sukati korang ler) dan pukul lagi sampai sebati.
  5. pastu bubuh dalam tupperware simpan dalam peti biar semalaman esok makan perghhhhh dapnyaaaa...


selamat mencuba!!