Saturday, December 12

Resepi: Donut gebu gebass

assalamualaikum w.b.t.



kali ni nak share resepi donut gebu gebas yang senang gilaaa nak buat. garing diluar lembut diluar, sekali ngap pasti nak lagi. hihihihi. saje je try buat donut untuk minum petang. kiranya ni first time buat donut sebelum ni tak pernah. ingat susah nak buat donut sebab bila beli donut susah nak jumpa yang sedap gebu gebas gitu. hehe.



Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 peket yis (mauripan)
  • 1 sudu kecik baking powder
Cara-caranya:
  1. larutkan gula dan susu dalam air suam. kemudian, masukkan yis, biarkan yis bersatu dan membiak dengan jayanya (mengembang) hihi
  2. dalam bekas lain, campurkan tepung, baking powder dan mentega. ramas mentega sehingga sebati dengan tepung sampai jadi cam serbuk roti. sila ramas pakai tangan ye in sha allah lagi sedap kalau bercampur dengan air tangan tu hihihi
  3. bila yis dah kembang, campurkan yis dalam tepung. uli laaa sampai tepung tu sebati dan membentuk satu bola yang besar, sekali lagi khidmat tangan anda diperlukan.
  4. tinggalkan doh untuk mengembang-ngembangkan diri sendiri selama sejam. biarkan doh ditutup.
  5. selepas sejam berlalu, korang akan mendapati doh korang tersangatlah lembut tapi jangan khuatir jangan risau jangan tambah tepung. 
  6. selepas itu, tumbuk-tumbuk doh korang kasi keluar angin. tumbuk-tumbuk manja je ye takpayah laaa sampai pecah besen uolls hihi
  7. dan dah boleh canai doh dan bentukkan donut guna acuan gitteww
  8. biarkan donut selama setengah jam bagi dia naik semula pastu boleh goreng sehingga garing keemasan. api jangan besar sangat nanti mentah dalam.
  9. donut korang boleh lah dihidangkan dengan gula atau coklat cair meleleh-leleh diatasnya terpulang mengikut kreativiti masing-masing k.
  10. resepi ini dijamin keberkesanan dan kemenjadiannya dan pastinya sedap!


selamat mencuba!!!

Sunday, December 6

Resepi: Churros

assalamualaikum w.b.t.

churros ni taklah susah sangat nak buat cuma part nak gaul tepung tu je nak kena gigih sikit pastu kena sabar nak pipe satu-satu hahah. okay, churros ni sesuai sangat untuk minum petang.


Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan setengah tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar butter
Cara-caranya:
  1. didihkan air.
  2. masukkan gula, garam dan butter (tapi kalau guna salted butter tak letak garam pun takpe)
  3. bila dah sebati. perlahankan api.
  4. kemudian, masukkan tepung sikit-sikit dan gaul dengan cepat supaya tepung tak berketul. kacau sehingga sebati.
  5. angkat dari dapur dan masukkan telur, kacau sehingga sebati.
  6. masukkan dalam piping bag guna nozle bintang.
  7. goreng sehingga kuning keemasan.
  8. boleh makan celup dengan coklat atau tabur gula aising ikut sukati korang laa.. yang penting sodap.


selamat mencuba!!

Resepi: brownies

Assalamualaikum w.b.t.

Hi, rasanya semua resepi i update semua yang mudah-mudah je sebab kalau susah i pun malas hehe.

Okay, jot down dearies..

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan mentega
  • 1 cawan gula (i selalu kurangkan sikit sbb manis)
  • 6 sudu besar serbuk koko (i selalu lebihkan sbb i suka that chocolatey taste)
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecik esen vanila

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega dengan api yang kecil (hati-hati kang hangus)
2. pastu masukkan semua bahan-bahan: gula, serbuk koko, tepung. Kacau sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati. Esen vanila jgn lupa.
4. Bakar dalam oven pada suhu 160° selama 15 minit lebih kurang ikut oven korang laa senang citer. Boleh letak hirisan almond on top kalau suka. Nak campur chopped almond dalam adunan pun boleh.

Tadaa dah siap. Kan dah cakap senang.





P/s: walaupun resepi ni sonang gile, i update je kat blog utk rujukan masa hadapan. I ni jenis mak nenek sikit, pelupa je kerjanya. Hihi..