Thursday, June 6

pergi yang tidak kembali

assalamualaikum w.b.t.


hari isnin malam selasa jam 11.58 malam, kedengaran suara menjerit memanggil "angah.angah. angah". nama panggilan adik-beradik kpd tuk aku. aku, mami, adik-adik aku, makngah, sepupu-sepupu aku bermalam di rumah tuk memandangkan tidak lama lagi acu aku bakal melansungkan perkahwinan. kami semua sibuk membuat persiapan.

      kami semua sedang lena diulit mimpi ketika pintu rumah diketuk. makngah terjaga. dia bangun buka pintu. aku ingat acu aku baru balik dari melepak di bandar. aku tak hiraukan. dalam mamai, kedengaran satu perkataan "meninggal". rupa-rupanya, aki tam dan anaknya kak fatin mengganggu lena aku. aku tersentak. mata terbuka. hati berdetik. "meninggal. siapa yang meninggal?" pak sedara sepupu aku, mohammad zafarul syafiq meninggal. eksiden. highway kat lanchang. teruk. arwah meninggal di tempat kejadian. arwah digilis. aku terpaku. terkaku. terdiam. aki tam dan kak fatin (ayah dan adik kpd arwah) bergegas ke hospital temerloh kerana arwah dihantar ke sana.

     mami dan tuk duduk berbincang. mereka mahu segera ke sana. dengan segera, mami call acu. suruh balik. mereka bergegas ke hospital temerloh jam 12.30 pagi. aku ditinggalkan di rumah. menjaga adik-adik tambahan pula makngah sedang mengandung. namun, kami takdapat melelapkan mata dan hanya menunggu berita lanjut. hampir subuh, jenazah sampai di rumah. jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital kerana fizikalnya sangat teruk. hancur. bayangkan kalau anda digilis tiga buah kereta dan sebuah lori. boleh anda bayangkan?

      kami semua tidak sangka beliau akan pergi meninggalkan kami sebegini. kami tak sangka pada umur hanya 22 tahun, beliau dijemput ilahi dengan cara yang sangat tragis. yang tak pernah kami bayangkan. beliau seorang yang sangat baik. adik-beradiknya sangat terkesan dengan kepergiannya. along tak berhenti menangis. syawal dipapah masa dijemput dari kem plkn. semua orang menangis. betapa hibanya kami. aku sendiri terkesan. aku dah lama tak jumpa dgn arwah. kali terakhir jumpa arwah masa kak fiza bertunang. itupun tak sempat bertegur sapa dgn arwah. sekarang, arwah dah pergi. meninggalkan kami buat selama-lamanya.


abang ngah. kami semua sayangkan kau. kami semua rindukan kau. along menangis kalau balik dari menjenguk pusara kau ngah. along bukan along. kami tak sangka kau pergi macam ni angah. aku tahu pasti kau sendiri menangis tengok keadaan jenazah kau yang tak sempurna kan angah.. ngahhh...





keadaan kereta arwah. keretanya tak berapa teruk. tapi dikatakan arwah terpelanting keluar dari kereta.

          angah, kami hanya mampu mendoakan agar kau tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. angah, kami semua sayang kau. al-fatihah.