Friday, November 30

terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan mana boleh gostan :)

assalamualaikum w.b.t..

         ehem ehem.. tayah jeling-jeling lah, nak baca baca jelah tanak sudah. *merajuk. haha. seperti yang korang tahu sekarang sedang cuti sekolah dan pastinya budak sekolah sangat gembira terloncat-loncat sampai londeh seluar hepi kemain sebab tayah pegi sekolah menghadap muka cikgu garang. haha. dan pastinya tiada kerja sekolah yang menimbun bak gunung everest tunggu untuk disiapkan. siapa kata! aku ada je kerja sekolah yang menimbun bagai tunggu nak runtuh je sebab aku tak buat-buat. haha. eh, gelak-gelak. aku hempuk guna kerusi malas atuk aku punya jiran kang baru tau. tayah nak gelak sakan laa tahun depan SPM. eh, bukan aku ke. kecut kejap.. haha

         acara yang wajib sepanjang cuti sekolah ini selain reunion antara kekawan yang ingin melepaskan rindu  lama tak jumpa pastinya adalah KENDURI KAWEN. hmm,, kenduri kawen ni sebenarnya kalau sekali-sekala rajin lah jugak aku nak pergi tapi kalau dah hari-hari ada naik muak nak makan nasik kenduri. haha. tapi kalau dah kenduri kawen sedara sendiri takkan tak pergi. betul tak? nanti aku kawen siapa pulak yang nak pergi. uii,, gatai nak kawen ka? ahaks.. mami cakap kalau kami anak-anak daranya yang masih muda belia tak habis sekolah ni gatai nak kawen dia nak pancung saja. belajar tak habis, gatai nak menikah. memang isu ni merisaukan mami aku jugak sbb dah jadi trend budak sekolah belasan tahun kawen. kawen mudalah katakan. tapi masak pun tak pandai ada hati nak kawen. menakutkannya. kadang-kadang aku yang rasa seram walaupun bukan aku yang nak kawen. bagi akulah kan apa yang penting adalah membina masa depan yang kita sendiri tak tahu lagi macam mana rupanya. buat apa kawen muda-muda tapi takda pelajaran. ni bukan nak kutuk dena bahrin atau irine nadia  atau ema rahmah yek. mereka special case. dah layak dah punn.. tapi tentang budak umur 12, 14 tahun kawen tuu. ngeri eden. yelah, kawen muda-muda nanti jgn nyesal sbb tak belajar sungguh-sungguh yek. jangan lah sampai bercerai-berai sebab tak puas enjoy atau bosan ngadap muka laki..

         apa-apa pun yang kita nak buat kita mesti fikir buruk baik akibatnya. jangan sampai menyesal di kemudian hari. terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan mana boleh gostan. tepuk dada tanya selera. eh, takda kena mengena. haha. sebarang kata yang mengguris jiwa ,saya minta maaf. harap jangan disimpan di dalam hati.

assalamualaikum..


Wednesday, November 14

ehem-ehem..

assalamualaikum....

       tadi rasa macam nak update blog sekarang tiba-tiba rasa macam malas pula. hahaha. masalah betul. okaylah. nantilah yek aku update blog ni. banyak cerita nak share sebenarnya tapi dah jadi basi lah pulak..  takpe-takpe esok lusa kalau aku rajin aku update blog secara marathon ye..

Friday, September 28

muhasabah diri..

assalamualaikum w.b.t.

               assalamualaikummmm.....  walaupun saya beri salam dengan penuh berhemah dan sopan santun, saya masih lagi spesis manusia normal yang masih hidup di muka bumi Allah ini. saya bukan spesis hantu dua alam atau sebagainya . hahaha. saya cuma memburukkan lawyer sahaja (loyar buruk,, harap faham).

               entry kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang adab memberi salam yang pada hari ini ramai orang mengambil ringan tentang adab-adab memberi dan menjawab salam. mari kita saling memperingati antara satu sama lain mengenai adab memberi salam.

sabda rasullulah s.a.w.:

 "daripada abu hurairah r.a., rasullulah s.a.w. bersabda; 'orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, pejalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang muda kepada orang tua.'

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

hukum memberi salam:
1. memberi salam kpd saudara  seagama sangat digalakkan dalam Islam.
2. hukum member salam adalah sunat muakkad sementara menjawabnya adalah wajib.
3. pahala orang yang memberi salam adalah lebih besar daripada pahala orang yang menjawabnya.
4. lafaz salam yang ringkas ialah 'assalamualaikum' akan diberi ganjaran 10 kebajikan.
5. lafaz 'assalamualaikum warahmatullah' akan diberi ganjaran 20 kebajikan.
6.lafaz 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' akan diberi ganjaran 30 kebajikan.

              maka memberi salam itu adalah sunat tetapi menjawabnya adalah wajib. adakah semua orang prihatin mengenai hal menjawab salam. kononnya menjawab di dalam hati. jawabkah mereka. inilah persoalannya. memberi dan menjawab salam masing-masing akan diberi ganjaran. mudah sahaja jika kita ingin mengumpul pahala. beginilah caranya. di manakah adab orang Islam? memberi salam semakin diabaikan dalam kehidupan moden masa kini. semua orang mengambil mudah tentang adab-adab Islam.
fikirkanlah.

            saya mengaku tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini. saya juga mengaku saya juga kadang-kadang terlalai. terlupa. tapi kita kena terapkan budaya memberi salam dalam diri kita kerana ini melambangkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri kita. banyak hikmah yang dapat kita peroleh daripada memberi salam. mungkin kita tak tahu. tapi kini kita dah tahu.

           minta maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan saya. perbetulkan saya jika ada salah dan silap. sebarang kekhilafan amatlah dikesali. hehehe.

assalamualaikum w.b.t.

Saturday, July 7

sometimes.....

assalamualaikum......

the beauty of padang saujana cergas.


       mesti korang pelik tetiba gambar yg takde motif ini tertampal dgn  megahnya di mukadimah entry aku kali ini. cis, usah kau berkias nadira ! lebih baik kamu menyatakan kehendakmu . arghh,, menda la aku melalut ni. maafkan hamba. stop nadira ! stop and  enough !

      hehe,, gambar tuu just untuk menikmati dan mengagumi keindahan bumi ciptaan allah. betapa indahnya kehijauan pokok yang melambai-lambai dengan penuh gemalai ditiup angin sepoi-sepoi yang segan-segan gitu. lihatlah betapa birunya langit  yang memandang sayu kepada jutaan manusia yang kepanasan akibat terik mentari matahari yang garang bersinar (walaupun takda matahari dalam gambar tuu tp sebenarnya terik gila cuaca time ni, hehe ). walaupun rumput padang yang menghijau itu tidak berapa cergas tetapi masih hijau dan cantik untuk dipandang dan dirakam  lensa kamera bad oleh fotografer tak bertauliah macam saya. hehe . saya melalut lagi. sebenarnya gambar ni  masa hari sukan hari tuu.. sempat lagi tuu. haha. tapi saya malas nak cerita pasal hari sukan tahunan tuu. tak best mana pun.. oklah,, saya tamatkan segala coretan saya yang  mengarut lagi melalut janji jangan mencarut kan, kan. hahaha.

sometimes we lost our mind. having a very great time actually.
lots of love.

Saturday, January 14

hari anugerah kecemerlangan PMR 2011

assalamualaikum,,

           korang semua sihat??hah laa. dah lama saya tak update belog kann.. lately ni saya agak busy,,hehehe. busy laa sangat kan,, maklumlah sekolah dah start.haha. back to the main topic,, hari semalam bertepatan dengan tarikh 13 januari 2012 adalah hari anugerah kecemerlangan pmr yang mane saya terlibat sama. topik dah basi laa ciknadira oii,, hahaha ....tak kira laa nak cite jugak,haha. nak cite laa hari semalam mak dan ayah saya datang untuk ambik anugerah... *bangga jap. dengar cite laa kan mak ngan ayah saya menangis semalam mase saya berarak masuk dalam dewan.wahh,, terharu gile.... tak sangka sangat. anugerah tuu saya dedikasikan khas untuk parents saya. suke sangat tengok dorang gembira macam tuu. penat lelah saya belajar betul2 dah terbayar. suke sangat. ok lah,, tatau daa nak tulis ape,, got to go,, nanti saya update lagi. kbye. assalamualaikum.


tade mood nak belajar bahasa arab. rase macam terpaksa jea.*sabar nadira, sabar.