Tuesday, March 3

Pengalaman : Ekspedisi ke Gunung Senyum

assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari sabtu lepas 28 februari, aku join satu ekspedisi ke gunung senyum anjuran MPP PRA-U SAUJANA. best wooo. haha.

aku agak eksaited dengan aktiviti sebegini sebab aku tak pernah lagi gi manjat gunung. mak abah tak bagi. tapi disebabkan umur aku dah 19 tahun, dah boleh buat keputusan sendiri, mak abah pun redha jelaa izinkan aku pergi. lagipun ni bukan ekspedisi sendiri aci redah. ni kiranya aktiviti bawah MPP laa. so boleh dikira selamat kot. haha

mula-mula tak dinafikan ragu-ragu jugak nak pergi bila dengar cerita-cerita mistik tentang gunung senyum. tapi aku cekalkan hati 'takde pape kot'. akhirnya aku pergi jugak.

kitaorang bertolak lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi dan sampai kat sana lebih kurang pukul 9 lebih aaa. kitaorang naik bas laa kot ada 40 orang takkan nak jalan kaki. naik bas SMJ ceh cehh cehh kononnya sekolah kluster saujana ni tapi hampeh bas sendiri pun takdo. haha. dalam perjalanan pun dah rasa eksaited kemain. dalam bas takboleh duk diam bilalah nak sampai haha.

akhirnya sampai jugak.
seyes, eksaited kemain noks.

dah sampai tu terus je tanpa ragu-ragu turun daripada bas. tengok semua cikgu dah sampai. (cikgu naik kereta masing-masing). dah sampai tu wajiblah bergambar dulu uolls.

nah gambar seketol untuk tatapan mata korang.



rasanya banyak lagi kot gambar tapi segan nak bagi korang tengok. hikhiks.


sesudah bergambar, kitaorang brekfes dulu kang nak manjat gunung takde tenaga lak. eh ke dah brekfes sebelum bergambar ek. entah, mana-mana jelah. dah siap brekfes bergambar semua kitaorang ada taklimat sedikit tentang pantang-larang masa di gua dan sebagainya. encik shahriman, you're rock! heheh. macam biasalah kat hutan camni mana boleh mulut lepas kan. kita nak bertandang tempat orang jadi adab kena jaga. nanti orang tak suka. encik shahriman cakap kitaorang takkan daki gunung senyum pasal gua-gua kat situ dah tak berapa cantik, banyak batu yang dah mati since kebakaran yang pernah terjadi dulu. so, kitaorang bakal mendaki ke gunung jebak puyuh. perjalanan ke gunung jebak puyuh mengambil masa selama 45 minit kalau korang cepatlah. kalau terhegeh-hegeh mau pergi dekat sejam jugak. kenalah menyado otot kaki berjalan lebih kurang 3.5 km. berjalan bukan berlari ye.sambil-sambil berjalan tu bolehlah menikmati keindahan alam semulajadi yang ada di kiri kanan jalan. mata tu nak tengok pokok ke apa ke tengoklah tapi jangan lupa jugak tengok mana kaki melangkah kang ada yang tersadung dek akar pokok menjalar ke apa. (pacat banyak woo). mula-mula perjalanan kitaorang biasa-biasa je since jalan luas dan lurus dan tidak bercabang-cabang mahupun berliku-liku. tapi kelama-lamaan banyak jugak bukit yang perlu didaki. ada bukit yang biasa-biasa je ada jugak bukit yang luar biasa. apa yang luar biasa? takdelah luar biasa manapun cuma agak tinggi sikit dan agak penatlah nak mendaki. tapi bagi orang yang stamina tinggi tak terasa pun penatnya. macam aku,tak terasa pun penatnya mungkin sebab eksaited kot. haha. tapi peluh takyah cerita laa menjejes-jejes. untuk sesiapa yang ada hajat nak join ekspedisi cenggini make sure siapkan diri mental dan fizikal.seminggu sebelum mendaki bolehlah jogging ke hape ke untuk jaga stamina terutama kepada orang yang berbadan besar. nanti takdelah kena muscle cramp ke apa ke kan.

gua pertama setelah 45 minit berjalan ialah Gua Ular. kenapa gua ni dinamakan gua ular? sebabnya dalam gua ni ada batu-batu yang berbentuk ular. sebab tu lah kot. kebanyakkan gua-gua kat sini semua gua batu kapur. sempat jugak kitaorang buat lecture geografi dalam gua ni. hakhaks. diingatkan sila bawak torch light ye sebab gua kan gelap kang tak nampak apa-apa kang tersadung lak. lantai gua memang tak rata ye. tapi inilah kesilapan aku sebab lupa nak bawak torch light huhuhu. gua yang seterusnya ialah aku pun tak ingat dah gua apa T_T . tapi yang aku ingat ada laa kitaorang pergi gua mayat, gua candi, gua terowong, gua sisik, gua rangkak. gua rangkak ke gua merangkak? eh mana-mana jelaa tapi yang pentingnya aku tak masuk gua rangkak ni sebab memang betul-betul kena merangkak ehh. nanti kotorlah baju haha. member-member aku yang masuk pun akhirnya give up masuk sikit je pastu patah balik keluar. tak daya nak merangkak lama-lama pastu udara pun takde. kan sempit. tak dilupakan jugak ehh dalam gua mestilah banyak binatang-binatang berbisa macam lipan gua. seyes agak seram eh lipan dia bukan lipan cam biasa yang kita jumpa, kaki lipan gua ni seyes panjang-panjang. cengkerik gua pun ada jugak. cengkerik gua ni pun kaki pun panjang-panjang dah macam labah-labah dan tapi bukan labah-labah tetapi cengkerik gua. kelawar pun banyak. wee..

bila join ekspedisi camni tetiba rasa bersyukur sangat sebab dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan dapat menikmati keajaiban ciptaan Allah SWT. siapa sangka kita jumpa kalimah Allah pada dinding gua. ada batu yang berbentuk ular, badak sumbu, kapal layar dan sebagainya. ni semua merupakan proses semulajadi yang berlaku dengan kitarannya.

sorrylah takde gambar-gambar dalam gua sebab aku tak tangkap gambar pun sebenarnya sebab dengan risau kaki tersadung batu pasal takde torch light (cuma pasang torch light henpon) pastu gua kan gelap flash camera henpon tak membantu langsung sebenarnya. kelam je gambar. T_T sedih tau. tapi takpe yang penting memori tu kukuh dalam kepala. hikhiks.



 
Gua merangkak. The only one gua yang memang guwa takkan masuk.

 
macam tasik. Tapi kat dalam tu cam ada gua laa yang jadi lubuk ikan. Kalau time air jernih kita boleh nampak pintu gua tuu.

 
Gua sisik. 


 
Pokok yang maha besar. Tengok, ejay pun jadi cinonet je.

 
Sempat bergambar. Ni depan gua ular rasanya.

 
Rasanya kitaorang memang bergambar depan gua ular je.

 
caption bubuh sendiri



p/s: untuk sesiapa yang penakut, tak lasak, dan manja dinasihati jangan menyertai aktiviti seperti ini sebab akan menyusahkan kawan-kawan.


assalamualaikum.

*edited 1052pm 140315