Saturday, December 12

Resepi: Donut gebu gebass

assalamualaikum w.b.t.



kali ni nak share resepi donut gebu gebas yang senang gilaaa nak buat. garing diluar lembut diluar, sekali ngap pasti nak lagi. hihihihi. saje je try buat donut untuk minum petang. kiranya ni first time buat donut sebelum ni tak pernah. ingat susah nak buat donut sebab bila beli donut susah nak jumpa yang sedap gebu gebas gitu. hehe.



Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 peket yis (mauripan)
  • 1 sudu kecik baking powder
Cara-caranya:
  1. larutkan gula dan susu dalam air suam. kemudian, masukkan yis, biarkan yis bersatu dan membiak dengan jayanya (mengembang) hihi
  2. dalam bekas lain, campurkan tepung, baking powder dan mentega. ramas mentega sehingga sebati dengan tepung sampai jadi cam serbuk roti. sila ramas pakai tangan ye in sha allah lagi sedap kalau bercampur dengan air tangan tu hihihi
  3. bila yis dah kembang, campurkan yis dalam tepung. uli laaa sampai tepung tu sebati dan membentuk satu bola yang besar, sekali lagi khidmat tangan anda diperlukan.
  4. tinggalkan doh untuk mengembang-ngembangkan diri sendiri selama sejam. biarkan doh ditutup.
  5. selepas sejam berlalu, korang akan mendapati doh korang tersangatlah lembut tapi jangan khuatir jangan risau jangan tambah tepung. 
  6. selepas itu, tumbuk-tumbuk doh korang kasi keluar angin. tumbuk-tumbuk manja je ye takpayah laaa sampai pecah besen uolls hihi
  7. dan dah boleh canai doh dan bentukkan donut guna acuan gitteww
  8. biarkan donut selama setengah jam bagi dia naik semula pastu boleh goreng sehingga garing keemasan. api jangan besar sangat nanti mentah dalam.
  9. donut korang boleh lah dihidangkan dengan gula atau coklat cair meleleh-leleh diatasnya terpulang mengikut kreativiti masing-masing k.
  10. resepi ini dijamin keberkesanan dan kemenjadiannya dan pastinya sedap!


selamat mencuba!!!