Thursday, March 6

dengue

assalamualaikum w.b.t.

entry aku ni berbahasa melayu walaupun title berbahasa inggeris. bukan nak bajet retis tetapi tetiba aku lupa macam mana nak eja dengue dalam bahasa melayu. peace yaw. ini pengakuan berani mati, kalau cikgu bahasa melayu aku baca konpem dia hempuk aku guna kawah masak gulai kenduri. entry aku ni sebenarnya nak menceritakan pengalaman aku dengan demam denggi dan nyamuk aedes. ini bukan cinta tiga segi tapi perang kalah mati.

        tahun lepas, kawasan kejiranan aku sangat pemes dengan demam denggi. setiap hari hampir je aku kelemasan sebab orang jabatan kesihatan hampir hari-hari fogging. hari-hari ada je kes. bukan setakat sorang yang masuk hospital sebab denggi tapi tiga empat orang sekaligus dalam masa satu hari. nak dijadikan cerita. lebih kurang seminggu nak trial SPM aku demam. dalam kepala aku " alaa, lecehlah demam. nak dekat trial kot." masa tuu, walaupun kes denggi berleluasa tapi aku konpiden je yang aku cuma demam terkejut nak SPM dan sama sekali takde kaitan dengan wabak denggi. nak dijadikan cerita, kebetulannya hari yag aku demam serentak dengan hari aku period. PMS tak boleh elak lah kan. mula-mula demam, aku mula sakit perut. ingat sebab period so watlek je. sekali melarat sampai cirit-birit then muntah-muntah. hilang selera makan. aku cuma minum air je sebab rasa dahaga sangat. pastu, sakit kepala pulak. tapi ingat biasa je sebab normal je aku sakit kepala masa period. tapi kali ni sakit kepala dan sakit mata sampai rasa mata aku macam nak terkeluar daripada soket mata. watlek watpis dulu. masuk hari kedua malam tuu aku takboleh tidur sebab sakit pinggang dan sakit belakang yang teramat-amatlah sakit. tapi watlek lagi. sebab normal je bila aku period aku sakit belakang dan sakit pinggang. walaupun kali ni sakitnya amatlah luar biasa. masuk hari ketiga aku dah takboleh berjalan sebab otot-otot kaki aku kejang dan sangat sakit. kulit aku pun kemerah-merahan. aku dah mula rasa cuak. dengan pantasnya aku bukak google. google simptom-simptom denggi. ibarat jatuh ditimpa tangga ditimpa lagi anak gajah. aku rasa hidup aku gelap gelita. simptom-simptom yang aku alami sama macam simptom denggi. sumpah, masa tuu aku ingat mati je. terus aku tepon mak. then, mak ajak pergi hospital. dah selesai daftar, aku gi timbang berat badan dengan ukur tinggi. masa ni aku terkejut sangat sebab berat aku turun mendadak. memang feeling kurus masa tuu. ceit, sempat lagi. pastu, nurse ambik bacaan suhu pulak. kali ni nurse pulak yang terkejut sebab suhu aku sangat tinggi. daripada pagi aku tunggu tengahari barulah nombor aku naik. then, aku masuk bilik doktor. Dr. Aida kalau tak silap aku. maka, aku pun cerita lah dekat doktor pasal simptom-simptom aku bla bla bla aku membebel. bestnya, doktor pun suspek aku denggi. maka, doktor pun suruh aku gi buat blood test dengan urine test. malangnya, dah sampai lunch hour so aku kena tunggu sampai pukul 2. mak pulak kena balik rumah yelahh adik-adik dah balik sekolah. abah pulak yang bergegas datang hospital nak temankan aku. masa nak ambik darah nilah yang susahnya. bukan aku takut jarum tapi urat aku memang suka main nyorok-nyorok kalau nampak jarum. jenuh nurse mencari urat aku last-last dia pun try and error je. nasib baik dapat darah. pastu, aku pun gi hantar darah aku dengan urine ke makmal. dan, tunggu result pulak. dah dapat result terus aku masuk bilik doktor bagi result tu. and guess what? aku negatif denggi. alhamdulillah. rasa lega sangat. rasa macam mati hidup semula. tapi simptom tu semua, pelik kan? abaikan. keesokan harinya, badan aku mula gatal-gatal dan naik bintik-bintik merah. rupa-rupanya aku kena MEASLES. sekali lagi khidmat google diperlukan. aku google simptom measles dan simptom measles dan denggi memang serupa. maka, aku jawab trial dengan bintik merah measles. sekian.