Saturday, January 12

If Allah Will

assalamualaikum w.b.t

         stress, nak nangis, nak meraung, menjerit dan yang bersangkut paut dengannya. kenapa? mesti ada sebab kan. takkan tetiba nak meraung menangis bagai, sah-sah gila. hahaha. daripada aku memendam perasaan sehingga menjeruk rasa, hati dan buah pinggang aku baik aku cerita dekat korang. cenggini ceritanya........

#flashback
setelah solat hajat. dalam surau sekolah.
ada satu pengumuman bagi semua pelajar tingkatan lima sila tunggu di dataran selepas ini. macam tulah lebih kurang apa yang ustaz cakap. hati berdebar tak ketahuan hala. tertanya-tanya kenapa cikgu suruh berkumpul. dengan gigihnya kami, rombongan mak jah ke dataran dengan segera. lama tau tunggu kat situ. cikgu lambat. setelah menunggu beberapa ketika *wah, ekselen bahasa melayu ai. hikhik* cikgu datang dan suruh beratur mengikut kelas. rope-ropenya cikgu nak edarkan borang pendaftaran mata pelajaran bagi calon SPM 2013. "lah, nak bagi benda alah ni rupanya ingatkan apekebenda". pastu cikgu cakap lagi ( cikgu siti salmah ) anda diberi tempoh selama seminggu untuk melengkapkan borang ini dan serahkan kepada saya on the dot. hah? omaigad. mana sempat fikir nak drop subjek bagai. kawan-kawan pun ramai kegelisahan ibarat cacing kelemasan kepanasan. antara yang ramai-ramai tu aku pun terlibat sama ingin mengurangkan subjek yang diambil. sebelas woo. banyak tuu...

#di rumah
mami, pagi tadikan cikgukan bagikan *boleh cakap betul-betul tak. kan kan kan* pagi tadi cikgu bagi borang pendaftaran mata pelajaran calon SPM 2013. cikgu bagi tempoh seminggu je isi borang tuh. macam mana nii? ada nak drop subjek ke? subjek apa? kimia, addmath, fizik, bio? mami tanya. taknak drop science extreme, nak drop bahasa arab. *sudah bermula drama swasta starring by nadirafarhana anak incik bazli from tasteless island* di rasa di tak boleh bawak dah bahasa arab tuu. terlalu berat untuk di. di tak yakin di boleh. dah lah susah. di tak pernah lulus pun masa form4 tuu. *cakap lelaju tak berhenti* tapi di taknak lah drop adik-beradik dia dua orang lagi tu. (Pendidikan syariah islamiah dan pendidikan al-quran dan as-sunnah). macam mana ni? pastu mami cakap. fikir betul-betul dulu dalam seminggu ni. nanti mami suruh abah telefon pengetua tanya boleh tak drop arab tanpa mendropkan dua adik-beradik dia keh. *mentang-mentang ada special bonding dgn pengetua sekolah, haha* aku dengan berat hati menjawab "okayy". tak jawab kang jadi anak derhaka pulak.


                 sekarang aku kena fikir betul-betul sebab ni semua melibatkan masa depan. tapi kalau aku drop aku kena lah ambik subjek elektif lain pulak kan. nak cover. tak hingin aku. so, semuanya terserah kepada aku untuk membuat keputusan. sebelum itu kita sebagai hamba Allah kenalah mengadu padaNya dan minta pendapatNya. insyaAllah kita akan temui jawapannya. and istikharah is the best way. kepada semua yang berada dalam kekusutan untuk membuat keputusan berdoalah kepadanya insyaAllah Dia akan membantu. semoga aku juga temui jawapan kepada semua kekusutan ini. insyaAllah.