Tuesday, January 8

Didi si Bendahari

assalamualaikum w.b.t

        terasa comel tajuk cenggitu. hehe. dikala orang lain sedang enak berjimba di hari cuti, aku berhempas pulas menggagahkan diri ke sekolah.  baru first week sekolah, extra classes dah bermula nak meraung aku rasa. tiap-tiap hari pergi sekolah termasuk sabtu dan ahad siapa yang suka. korang pun mesti hentak-hentak kaki sambil muncung mulut boleh sangkut hanger. buruk tahu. so, jangan buat. tapi dah sebab tahun ni SPM aku redha jelah. kata nak straight A kan kan kan. disamping kelas tambahan tanpa rehat, keceriaan kelas juga harus diutamakan. ditambah lagi dengan desakan separuh mati oleh ustazah cikgu kelas yang meyesakkan kepala aku nii, terpaksa lah aku menyempitkan kepala otak aku yang sedia sempit dengan homework ni memikirkan tentang apa yang perlu dibuat demi menjadikan kelas kami dabooom booom boom. tahun last main hias-hias kelas keh. so, dengan gigihnya pada hari ahad, lepas kelas tambahan aku dgn eiwa pergi bandar nak beli kain langsir dengan skirting uolls. excited ni.

#day one.
sambung yang tadi. hari ahad lepas kelas addmath. aku dengan eiwa keluar gi bandar nak beli kain langsir dengan skirting. tapi disebabkan ke'eksaited' yang melampau, kami lupa bahawasanya pada hari ahad kebanyakan kedai ditutup ye. sebenarnya kitaorang tak ingat pun hari tuu hari ahad. haha. maka aku decide lah nak beli alas meja sahaja. bermulalah pengembaraan kami mencari tikar getah nak buat alas meja. malangnya, kedai tutuplah weii. dari kedai ke kedai kami jelajah. tak ada. last-last kami pergi satu pasaraya nii, yeay ada tikar getah kaler yang kami cari. mintak lah lima meter. sekali tak cukup beb. dengan perasan frust tertonggengnya keluar lah dari pasaraya tersebut tanpa membeli apa-apa. setelah meronda membakar kulit muka mengeringkan tangki minyak, kami pergi satu pasaraya. pasaraya ni adik beradik dengan pasaraya yang tadi. yess, ada tiga jenis kaler yang kitaorang nak. melompat-lompat kegembiraan hokeh. tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, aku berlari-lari dalam pasaraya tu hokeh. hanyalah kerana tikar getah. besarnya pengorbananku. *please, terharu.

#day two
keesokan harinya, mengembara ke kedai kain untuk membeli langsir.  dapat kaler yang kami nak. sangat puas hati. tak perlu bersusah payah. tapi kaler untuk softboard dengan skirting takda. keh, nak meraung kejap. dah. decide tanak beli skirting lagi. kaler untuk softboard diubah. tamat disitu. pastu, beli tikar getah lagi sebab semalam tak cukup. duit pun banyak habis keh. taktau lah duit cukup ke tak nak beli macam-macam benda lagi. lepas beli langsir, kitaorang pergi sekolah. kitaorang pun pasang lah alas meja tuu tetapi malangnya banyak meja yang degil yaa. haha. dan akibat keletihan kami semua tidur awal malam tuu tanpa buat homework. haha

#day three
hari ni eiwa takda. ada hal yang perlu diuruskannya. aku dgn classmates yg lain berkampung berkelah di kelas ye. dan cikgu-cikgu ada meeting. dahlah bilik meeting depan kelas kami. tak boleh nak berjimba. dah lah cikgu pandang aku semacam je naik seriau aku rasa. dan tanpa berlengah (sebenarnya banyak masa yang terbuang) kami buat apa yang patut. aku pasang kain kat softboard dan benda yang paling tak enak didengar kain tak cukup !! aku rasa aku salah kira lah. aiseh, kepala hotak terlebih berserabut. tulah benda yang jadi. terlalu penat kot. cis. dah kena beli kain lagi. malas betul, nasib skirting tak beli lagi. kelas dah ada banyak perubahan walaupun bukan secara menyeluruh. nanti hujung bulan cantiklah kelas kami. hehehe.

p/s: perjalanan kami mengembara demi sebuah kelas yang cantik menawan kau memang daboom belum berakhir lagi okeh. hari sabtu ni start mengecat. bersemangatlah !! hahaa