Tuesday, April 29

keprihatinan menyelamatkan nyawa.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari semalam kami satu famili ke hoshas untuk melawat pak ngah saya yang terlantar sakit. Sekarang beliau ditempatkan di unit rawatan rapi setelah selamat menjalani satu pembedahan.

Alkisahnya.....
Pak ngah saya memang dah lama sakit. Ada sekali tu dah kena tahan wad beberapa hari. Suspek sakit batu karang.
Tiga empat hari yang lalu, dia mengadu sakit perut. Mak ngah saya mintak tolong pak sedara saya yang bungsu ni tolong hantarkan ke hospital. Kemudian, takde kata putus cuma diberikan ubat tahan sakit dan dibenarkan pulang. Keesokkan harinya, pak ngah sakit lagi. Pergi hospital lagi sekali tapi resultnya masih sama. Hampeh. Hari ketiga, pak ngah sakit lagi. Tak jemu dia pergi hospital lagi tapi kali ni kena masuk air je pastu balik. Hari keempat, beliau sakit teruk. Nak bangun pun tak mampu. Kali ni dah serik pergi hospital jerantut. Pak sedara saya hantar terus ke hospital temerloh (hoshas) . Sampai kat sana, pak ngah kena tahan wad. Ambik x-ray. Rupa-rupanya usus dia pecah. Pecah. Dan dia menahan sakit hampir empat hari lamanya. So kena operate. Sementara mak ngah kat kampung mengemas barang pak ngah kena tahan wad. Check keadaan kesihatan dia secara menyeluruh. Jantung dia lemah sangat. Doktor nak operate tak boleh lagi sebab perut dia kosong takde makanan langsung dan keadaan jantung dia yang lemah membimbangkan. Akhirnya, malam tu pak ngah masuk operation theatre. Apa yang mengejutkan doktor cakap dalam perut dia dah bernanah dan kuman telah merebak merata. Doktor juga diagnos buah pinggang dia rosak kedua-dua. Sekarang, dia masih di icu. Belum sedar. Keadaan jantung yang lemah serta badan yang bengkak efek buah pinggang rosak. Doakan yang terbaik buat beliau Musa Mohd. Tabahkan hati isteri dan anaknya. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Pak ngah seorang yang baik. Baik sangat orangnya. Walaupun hidupnya  susah tapi dia tak pernah lokek nak bantu orang. Disini silapnya, dimanakah keprihatinan warga hospital jerantut? Bukan pak ngah saya saja yang menjadi mangsa tapi nyawa saya juga pernah menjadi taruhan.

Fikir-fikirkanlah. Keprihatinan menyelamatkan nyawa. Jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan nyawa tergadai kerana anda.