assalamualaikum w.b.t.
hai korang. pepetang yang hujan dan sejuk dingin ni mesti nak cari makanan sebagai kudap-kudapan.
hehe. so apa kata korang try resepi yang mudah tapi sedap ni.
Bahan-bahan:
hai korang. pepetang yang hujan dan sejuk dingin ni mesti nak cari makanan sebagai kudap-kudapan.
hehe. so apa kata korang try resepi yang mudah tapi sedap ni.
Bahan-bahan:
- tepung - 2 cawan
- gula - 1 cawan
- susu pekat manis - 1 cawan
- milo - 2 1/2 cawan (aku tambah serbuk koko sikit heheh)
- telur - 4 biji
- minyak masak - 1 cawan
- air panas - 1 cawan
Cara-cara:
- masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar.
- Telur bubuh last sekali kalau taknak tepung berketul-ketul. Telur pukul sampai kembang dulu pastu masukkan sikit-sikit dalam adunan yang dah sebati. Esen vanila sedikit supaya tak hanyir.
- kacau guna sudip ye. takpayah gigih guna mesin bagai.
- kacau sampai sebati takpayah lama-lama sangat 5 minit cukup.
- dah boleh kukus. lebih kurang 40-45 minit.
- milo ganache tu milo + susu pekat manis guna kaedah double boiler biar sampai cair.
p/s: siapa yang suka manis boleh tambah sukatan susu atau gula sebab kek ni tak manis sangat pun. biasa-biasa je. gambar takde sebab lepas siap masak terus ngapp ! hehe
selamat mencuba!