Sunday, June 5

Resepi: ayam masak halus

Assalamualaikum w.b.t

Hai kali ni nak kongsi resepi mak saya yang special heheh. Taktau nama dia apa tapi kitaorang panggil ayam masak halus. Lol.



Bahan-bahan:

  1. Ayam (potong kecik)
  2. Bawang halus -6biji
  3. Bawang putih-2biji
  4. Cili
  5. Daun limau-2/3 keping
  6. Asam keping-sekeping jek
  7. Cili kisar -4 sudu bsr
  8. Sos cili-4 sudu bsr
  9. Sos tomato-1 sudu bsr
  10. Sos tiram-2 sudu besar
  11. Kicap
  12. Sayur-sayuran (lobak,kubis bunga, tomato)
  13. Bahan perasa (garam, ajinomoto)

Cara-cara:
  1. Goreng ayam-ketepikan
  2. Tumis bawang halus, bawang putih dan cili yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan daun limau
  4. Masukkan asam keping
  5. Masukkan semua jenis sos.
  6. Kicap sedikit sebagai pewarna
  7. Masukkan sayur lobak dan kubis bunga- gaul sehingga sayur lembut.
  8. Sekiranya kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  9. Masukkan ayam. Gaul sebati.
  10. Masukkan tomato.
  11. Rasa dan masukkan bahan perasa secukupnya sekiranya perlu.

No comments:

Post a Comment