Friday, August 14

Pengalaman : #TriptoJesselton

assalamualaikum w.b.t.


harini baru hari kedua aku menapak kaki di tanah tumpah darahku negeri pahang darul makmur. hihihi. masih terhuyung-hayang, masih tak boleh nak move on, masih terbayang-bayang suasana di sabah.

      pada 7 ogos yang lepas, aku dan segerombolan kawan-kawan aku pergi melancong ke Sabah Negeri di bawah bayu !! trip ni berlansung selama 4 hari dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan. segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan tanpa sebarang masalah. weehuu. trip ni telah dirancang agak lama dan akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki ke Sabah. kenapa tajuknya #TriptoJesselton ? sebab kitaorang dah berpakat nak upload gambar dekat ig memasing dengan hashtag #TriptoJesselton. boleh usha kalau ada (sebab rasanya semua private ig, hihi) . taknak cakap banyak jom kita tengok gambar.


#Day1

kitaorang gerak ke KLIA2 pada pukul 2 pagi dengan menaiki bas. sampai ke KLIA2 dalam pukul 5.30 pagi kalau tak silap. flight pulak pukul 0940 pagi. kitaorang naik AirAsia . nasib baik pramugara dia handsome. (hai jeffri ianshah). perjalanan ke Sabah mengambil masa selama 2 jam 35 minit lebih kurang. alhamdulillah selamat sampai di Kota Kinabalu, Sabah nak dekat pukul satu tengahari rasanya. (sis tak sempat tengok jam lah, hihi ) . dari kota kinabalu international airport, kitaorang naik bas ke Kundasang, Ranau, Sabah. dalam perjalanan ke kundasang sempatlah kitaorang singgah di beberapa tempat antaranya ialah Rumah Terbalik. kat sini takde apa yang menarik sangat pun melainkan rumah terbalik yang betul-betul terbalik tu. harga tiket RM10.60 tapi tak dibenarkan ambil gambar. gambar kat luar rumah terbalik je boleh ambil. sedih kan bayar mahal takde apa pun. souvenier jual kat situ pun mahal-mahal.



nah gambar.

seyes, aku suggest kat korang takpayah pergilah, takde mende pun. buat bazir duit je. haha. next, kitaorang pun ada singgah dekat masjid terapung. kau ingat terengganu je ada masjid terapung? well, kat sabah pun ada, nama dia bukan masjid terapung sebenarnya tapi panggil masjid terapung sebab macam masjid terapung dekat terengganu tulaa. kat masjid ni, tak sempat tak tangkap gambar sebab niat nak singgah solat je haha tak sempat nak tangkap gambar tapi sempat laa jugak cuci mata tengok oppa ramai kat sini dorang singgah bergambar. huhu. kemudian, perjalanan diteruskan ke Kundasang masyaAllah jauhnya perjalanan sakit pinggang kot. kitaorang sampai ke Kundasang lebih kurang pukul 730 petang kot. tapi gelap dia macam dah tengah malam kay. sebab sabah cepat cerah dan cepat gelap. dan kundasang sangat sejukkkkkk seriously kalau korang nak pegi make sure bawak baju tebal siap-siap sebab memang sejukkk sangat-sangat-sangat. dekat sini memang tak jumpalah kipas ke aircond ke sebab sejuk dia nauzubillah menggigit tulang sumsum tahu. bila mandi pun macam mandi ais padahal water heater maximum level kalau takde water heater taktahu nak cakap. mungkin beku.


#Day2




ni gambar ramai-ramai pagi hari kedua, di kundasang.


ni pulak depan homestay kitaorang.

pagi ni lepas siap breakfast, kami terus check out dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Tagal Luanti, kat Tagal Luanti ni ada fish massage ke apa ek nama dia. alaa yang ikan makan sel mati kat kaki tu. haa yang tulaa. best tapi rasa geliiiiii gila dia nyot nyot kat kaki.


nampak tak ikan banyak-banyak tu? gigih sis tahan geli semata-mata nak tangkap gambar.

destinasi yang seterusnya ialah ke Poring Hot Spring, Ranau. kat sini kitaorang tak mandi pun sebab memang taknak mandi dan tak bawak baju ganti. kat dalam ni banyak tempat-tempat menarik macam Taman Kupu-Kupu dan sebagainya. tapi kena bayar aaa. kitaorang decide nak try canopy walkway. bayaran RM3 dewasa warganegara. kalau nak tangkap gambar kena bayar (pandai kan dorang cekik darah, padahal kat entrance dah bayar tiket) . masyaAllah seyes rasa nyesal rasa nak patah balik sebab penatnya ya ampunnnnnn. tapi bila dah sampai kat atas tu tak rasa pun penatnya. seronok jugak. tapi bagi orang yang gayat mungkin tak seronok heheh.


sempat lagi kami bergambar hihi

okay, destinasi ketiga untuk hari ini ialah Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang. kat sini kitaorang pergi tengok lembu yang produce susu. lembu dorang kaler hitam putih tau. bukan lembu macam kita sembelih nak buat kenduri tau. kat sini dapatlah kitaorang merasa produk tenusu mereka yang fresh daripada ladang. susu segar dorang best sangat harga pun taklah mahal sangat. yogurt pun sedap dan fresh. tak sama yang macam kita beli kat supermarket tuu ehh. ada jugak aiskrim. aiskrim dorang pun not bad tapi manis sikit laa, dan ada jugak waffle. macam-macam ada laa senang cerita. souvenier pun banyak jual. kat sini view sangat cantik untuk bergambar yee.


nah gambar seketol untuk tatapan mata korang.


tu lembu ye kat belakang tu, kiut tak?

nak dijadikan cerita, ada peristiwa yang tak disangka-sangka berlaku masa kitaorang naik kat tempat ni. tempat ni tinggi okay kau kena daki bukit bagai. boleh je naik kereta tapi aku kan superwoman. kay. masa kitaorang naik ni dah perasan dah ada asap, ingatkan penduduk sabah melakukan pencemaran bumi tapi rupa-rupanya memang ada kebakaran berlaku. sebiji ke dua biji rumah tah yang terbakar. memang takboleh nak buat apa, hanya mampu tengok je. rumah papan terbakar ditambah lagi dengan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa dah tapi kurang ajar namanya memang marak laa api dik non oiii. sekelip mata dah tinggal rangka. alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


sempat jugak snap gambar. jangan bash aku kata tak prihatin pulak ehh. once in a lifetime kot.

destinasi kami yang terakhir untuk hari ini ialah Mount Kinabalu Park (kaki gunung kinabalu) tapi kitaorang jejak singgah solat je sebab hujan maha lebat takdapat nakgi jalan pun. dan akhirnya kami pun bertolak pulang ke Kota Kinabalu (rasa macam skemanya bahasa aku alahai). kitaorang sampai kat KK dalam jam 8.30 malam terus kami check in apartment kitaorang. since kitaorang ni ramai, kita tak duduk hotel tapi sewa apartment mende tah nama dia. betul-betul depan centrepoint sabah. since sampai pun dah malam, badan dah penat, perut pulak lapar, kami decide untuk keluar makan je malam tu. (makan kat sabah mahal, sila prepare duit banyak).


#Day3

hari ketiga kami pergi menjelajah Pulau Manukan weehuuuu. seyes best! tak tipu. perjalanan ke pulau manukan mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak dengan menaiki bot wehuu best!! boleh tahan lenguh pinggang duk dalam bot. kat sana kitaorang bermandi-manda dan of course kami try snorkeling (walaupun tak pandai berenang). tapi pulau dia tak secantik yang aku bayangkan dan tak secantik yang aku googlekan. orang tempatan kata, pulau ni jadi tak cantik dan kotor kesan daripada gempa bumi haritu tapi kesah apa yang penting kami enjoyyy!!!


nah. acah-acah snorkeling.

pastu kitaorang pegi lunch dan rehat dalam bilik masing-masing. dalam pukul 2,30 kitaorang bergerak semula. dan destinasi yang seterusnya ialah Muzium Sabah. muzium kan memang takde apa yang menarik sangat tapi banyak section tutup sebab tengah renovate, sedih kann.. (sori gambar tak jumpa. ada tapi tak jumpa hihi). lepas ke muzium kami bergerak ke Pasar Phillipines dan disinilah kami shopping sakan !! pelbagai jenis souvenier ada sampai rambang mata nak pilih (sila beli apa sahaja yang anda berkenan kalau tak menyesal). aktiviti kitaorang untuk hari ini tamat disini sahaja. pada waktu malam, aktiviti bebas maka kami keluar shopping lagi. malam ni, kitaorang pergi pasar malam pulak. pasar malam terletak berhadapan je dengan pasar phillipines dan ternyata barang-barangnya lagi murahhh. habis shopping singgah makan terus balik.

#Day4

hari keempat merupakan hari terakhir kitaorang kat sabah. seyes rasa taknak balik. sebab rasa tak puas lagi nak menjelajah negeri di bawah bayu ni. untuk aktiviti hari ini, kitaorang pergi ke UMS, Universiti Malaysia Sabah masyaAllah luasnya UMS ni dahlah banyak tangga penat sis menapak. kalaulah sambung study kat sini memang automatik kurus. kitaorang melawat muzium-muzium kat UMS. UMS ada tiga muzium. muzium UMS, muzium perubatan dan muzium maritim. kitaorang pergi muzium UMS dan muzium perubatan sahaja maritim tak pergi. kat muzium UMS ni cuma cerita sejarah penubuhan UMS, bagaimana UMS dibina dan siapa yang menjadi tulang belakang dalam penubuhan UMS ini. kat muzium perubatan pulak memang dorang letak segala spesimen-spesimen yang telah diawet untuk tujuan pameran. segalanya berbentuk visual korang tinggal tengok je takpayah nak baca buku tebal-tebal. 



yang tengah-tengah tu Cik April.


nampak tak logo UMS tu?

seterusnya, kitaorang pergi melawat Dewan Undangan Negeri Sabah. dalam banyak-banyak tempat, DUN ni yang paling boring sebenarnya hahah sebab politik sangat. encik shafaruddin tu friendly tapi sori saya ngantuk sangat dengar lecture awak. tapi kan rasa kagum dengan hasil binaan bangunan dia sangat cantik dan luas kay. bangunan DUN ni mistik sikit sebab bangunan besar dan luas gilaa tapi hanya digunakan tiga kali setahun kau rasa siapa yang jadi penunggu?


dekat pintu masuk


dalam dewan

dan tempat yang terakhir adalah Hotel Tang Dynasty. kitaorang pergi hotel ni semata-mata nak lunch je sebenarnya. sebab Ketua Menteri belanja kami makan. pernah dengar tak "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"? apalagi kita lahap jelaa (padahal dah makan dekat DUN, dorang sediakan makan tengahari) . ni destinasi terakhir dan akhirnya kami bergerak ke Kota Kinabalu International Airport. flight pukul 6.15 pastu delayed pulak pukul 7.20 maka mereputlah kami beramai-ramai didalam airport.

Sekian, terima kasih.







p/s: sorry for my skill yang dah berkarat sebab dah lama tak berblogging.

::entry ini ditulis selama tiga hari berturut-turut
::saya seorang pelajar
;;jangan tanya pasal belanja sebab semua cikgu yang settle kan. (personally habis lebih kurang RM1000 untuk tix, hotel, shopping tak termasuk makan, dan transport disana)


















Tuesday, March 3

Pengalaman : Ekspedisi ke Gunung Senyum

assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari sabtu lepas 28 februari, aku join satu ekspedisi ke gunung senyum anjuran MPP PRA-U SAUJANA. best wooo. haha.

aku agak eksaited dengan aktiviti sebegini sebab aku tak pernah lagi gi manjat gunung. mak abah tak bagi. tapi disebabkan umur aku dah 19 tahun, dah boleh buat keputusan sendiri, mak abah pun redha jelaa izinkan aku pergi. lagipun ni bukan ekspedisi sendiri aci redah. ni kiranya aktiviti bawah MPP laa. so boleh dikira selamat kot. haha

mula-mula tak dinafikan ragu-ragu jugak nak pergi bila dengar cerita-cerita mistik tentang gunung senyum. tapi aku cekalkan hati 'takde pape kot'. akhirnya aku pergi jugak.

kitaorang bertolak lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi dan sampai kat sana lebih kurang pukul 9 lebih aaa. kitaorang naik bas laa kot ada 40 orang takkan nak jalan kaki. naik bas SMJ ceh cehh cehh kononnya sekolah kluster saujana ni tapi hampeh bas sendiri pun takdo. haha. dalam perjalanan pun dah rasa eksaited kemain. dalam bas takboleh duk diam bilalah nak sampai haha.

akhirnya sampai jugak.
seyes, eksaited kemain noks.

dah sampai tu terus je tanpa ragu-ragu turun daripada bas. tengok semua cikgu dah sampai. (cikgu naik kereta masing-masing). dah sampai tu wajiblah bergambar dulu uolls.

nah gambar seketol untuk tatapan mata korang.



rasanya banyak lagi kot gambar tapi segan nak bagi korang tengok. hikhiks.


sesudah bergambar, kitaorang brekfes dulu kang nak manjat gunung takde tenaga lak. eh ke dah brekfes sebelum bergambar ek. entah, mana-mana jelah. dah siap brekfes bergambar semua kitaorang ada taklimat sedikit tentang pantang-larang masa di gua dan sebagainya. encik shahriman, you're rock! heheh. macam biasalah kat hutan camni mana boleh mulut lepas kan. kita nak bertandang tempat orang jadi adab kena jaga. nanti orang tak suka. encik shahriman cakap kitaorang takkan daki gunung senyum pasal gua-gua kat situ dah tak berapa cantik, banyak batu yang dah mati since kebakaran yang pernah terjadi dulu. so, kitaorang bakal mendaki ke gunung jebak puyuh. perjalanan ke gunung jebak puyuh mengambil masa selama 45 minit kalau korang cepatlah. kalau terhegeh-hegeh mau pergi dekat sejam jugak. kenalah menyado otot kaki berjalan lebih kurang 3.5 km. berjalan bukan berlari ye.sambil-sambil berjalan tu bolehlah menikmati keindahan alam semulajadi yang ada di kiri kanan jalan. mata tu nak tengok pokok ke apa ke tengoklah tapi jangan lupa jugak tengok mana kaki melangkah kang ada yang tersadung dek akar pokok menjalar ke apa. (pacat banyak woo). mula-mula perjalanan kitaorang biasa-biasa je since jalan luas dan lurus dan tidak bercabang-cabang mahupun berliku-liku. tapi kelama-lamaan banyak jugak bukit yang perlu didaki. ada bukit yang biasa-biasa je ada jugak bukit yang luar biasa. apa yang luar biasa? takdelah luar biasa manapun cuma agak tinggi sikit dan agak penatlah nak mendaki. tapi bagi orang yang stamina tinggi tak terasa pun penatnya. macam aku,tak terasa pun penatnya mungkin sebab eksaited kot. haha. tapi peluh takyah cerita laa menjejes-jejes. untuk sesiapa yang ada hajat nak join ekspedisi cenggini make sure siapkan diri mental dan fizikal.seminggu sebelum mendaki bolehlah jogging ke hape ke untuk jaga stamina terutama kepada orang yang berbadan besar. nanti takdelah kena muscle cramp ke apa ke kan.

gua pertama setelah 45 minit berjalan ialah Gua Ular. kenapa gua ni dinamakan gua ular? sebabnya dalam gua ni ada batu-batu yang berbentuk ular. sebab tu lah kot. kebanyakkan gua-gua kat sini semua gua batu kapur. sempat jugak kitaorang buat lecture geografi dalam gua ni. hakhaks. diingatkan sila bawak torch light ye sebab gua kan gelap kang tak nampak apa-apa kang tersadung lak. lantai gua memang tak rata ye. tapi inilah kesilapan aku sebab lupa nak bawak torch light huhuhu. gua yang seterusnya ialah aku pun tak ingat dah gua apa T_T . tapi yang aku ingat ada laa kitaorang pergi gua mayat, gua candi, gua terowong, gua sisik, gua rangkak. gua rangkak ke gua merangkak? eh mana-mana jelaa tapi yang pentingnya aku tak masuk gua rangkak ni sebab memang betul-betul kena merangkak ehh. nanti kotorlah baju haha. member-member aku yang masuk pun akhirnya give up masuk sikit je pastu patah balik keluar. tak daya nak merangkak lama-lama pastu udara pun takde. kan sempit. tak dilupakan jugak ehh dalam gua mestilah banyak binatang-binatang berbisa macam lipan gua. seyes agak seram eh lipan dia bukan lipan cam biasa yang kita jumpa, kaki lipan gua ni seyes panjang-panjang. cengkerik gua pun ada jugak. cengkerik gua ni pun kaki pun panjang-panjang dah macam labah-labah dan tapi bukan labah-labah tetapi cengkerik gua. kelawar pun banyak. wee..

bila join ekspedisi camni tetiba rasa bersyukur sangat sebab dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan dapat menikmati keajaiban ciptaan Allah SWT. siapa sangka kita jumpa kalimah Allah pada dinding gua. ada batu yang berbentuk ular, badak sumbu, kapal layar dan sebagainya. ni semua merupakan proses semulajadi yang berlaku dengan kitarannya.

sorrylah takde gambar-gambar dalam gua sebab aku tak tangkap gambar pun sebenarnya sebab dengan risau kaki tersadung batu pasal takde torch light (cuma pasang torch light henpon) pastu gua kan gelap flash camera henpon tak membantu langsung sebenarnya. kelam je gambar. T_T sedih tau. tapi takpe yang penting memori tu kukuh dalam kepala. hikhiks.



 
Gua merangkak. The only one gua yang memang guwa takkan masuk.

 
macam tasik. Tapi kat dalam tu cam ada gua laa yang jadi lubuk ikan. Kalau time air jernih kita boleh nampak pintu gua tuu.

 
Gua sisik. 


 
Pokok yang maha besar. Tengok, ejay pun jadi cinonet je.

 
Sempat bergambar. Ni depan gua ular rasanya.

 
Rasanya kitaorang memang bergambar depan gua ular je.

 
caption bubuh sendiri



p/s: untuk sesiapa yang penakut, tak lasak, dan manja dinasihati jangan menyertai aktiviti seperti ini sebab akan menyusahkan kawan-kawan.


assalamualaikum.

*edited 1052pm 140315