Thursday, June 6

pergi yang tidak kembali

assalamualaikum w.b.t.


hari isnin malam selasa jam 11.58 malam, kedengaran suara menjerit memanggil "angah.angah. angah". nama panggilan adik-beradik kpd tuk aku. aku, mami, adik-adik aku, makngah, sepupu-sepupu aku bermalam di rumah tuk memandangkan tidak lama lagi acu aku bakal melansungkan perkahwinan. kami semua sibuk membuat persiapan.

      kami semua sedang lena diulit mimpi ketika pintu rumah diketuk. makngah terjaga. dia bangun buka pintu. aku ingat acu aku baru balik dari melepak di bandar. aku tak hiraukan. dalam mamai, kedengaran satu perkataan "meninggal". rupa-rupanya, aki tam dan anaknya kak fatin mengganggu lena aku. aku tersentak. mata terbuka. hati berdetik. "meninggal. siapa yang meninggal?" pak sedara sepupu aku, mohammad zafarul syafiq meninggal. eksiden. highway kat lanchang. teruk. arwah meninggal di tempat kejadian. arwah digilis. aku terpaku. terkaku. terdiam. aki tam dan kak fatin (ayah dan adik kpd arwah) bergegas ke hospital temerloh kerana arwah dihantar ke sana.

     mami dan tuk duduk berbincang. mereka mahu segera ke sana. dengan segera, mami call acu. suruh balik. mereka bergegas ke hospital temerloh jam 12.30 pagi. aku ditinggalkan di rumah. menjaga adik-adik tambahan pula makngah sedang mengandung. namun, kami takdapat melelapkan mata dan hanya menunggu berita lanjut. hampir subuh, jenazah sampai di rumah. jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital kerana fizikalnya sangat teruk. hancur. bayangkan kalau anda digilis tiga buah kereta dan sebuah lori. boleh anda bayangkan?

      kami semua tidak sangka beliau akan pergi meninggalkan kami sebegini. kami tak sangka pada umur hanya 22 tahun, beliau dijemput ilahi dengan cara yang sangat tragis. yang tak pernah kami bayangkan. beliau seorang yang sangat baik. adik-beradiknya sangat terkesan dengan kepergiannya. along tak berhenti menangis. syawal dipapah masa dijemput dari kem plkn. semua orang menangis. betapa hibanya kami. aku sendiri terkesan. aku dah lama tak jumpa dgn arwah. kali terakhir jumpa arwah masa kak fiza bertunang. itupun tak sempat bertegur sapa dgn arwah. sekarang, arwah dah pergi. meninggalkan kami buat selama-lamanya.


abang ngah. kami semua sayangkan kau. kami semua rindukan kau. along menangis kalau balik dari menjenguk pusara kau ngah. along bukan along. kami tak sangka kau pergi macam ni angah. aku tahu pasti kau sendiri menangis tengok keadaan jenazah kau yang tak sempurna kan angah.. ngahhh...





keadaan kereta arwah. keretanya tak berapa teruk. tapi dikatakan arwah terpelanting keluar dari kereta.

          angah, kami hanya mampu mendoakan agar kau tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. angah, kami semua sayang kau. al-fatihah.

Tuesday, May 28

bahagiamu deritaku

assalamualaikum w.b.t.


                    uhuk..uhuk. rilek. sila bawak bertendang. ai tahu uolls semua rindukan ai memandangkan lama ai tak mengupdate belog. hihihihhi. aku busy lately ni sebab tu lah tak sempat nak melambutkan jari-jemari ini untuk menulis untuk korang semua. hahaha. walaubagaimanapun, acece. canggih ayat. walaubagaimanapun, aku sanggup mengorbankan sedikit masa walaupun terkorban jiwa raga demi pembacaku yang terchenta. hikhiikhik. diharapkan korang semua tak muntah darah membaca pendahuluan entry aku yang tak semegah mana.

                     aku sebenarnya takda cerita menarik pun nak story dekat korang memandangkan takda benda menarik pun yang berlaku dalam hidup aku. tapi jangan risau. kalau aku bertunang ke aku nak kahwin ke insyaAllah aku bagitahu korang semua. setakat ni calon pun aku takda lagi. bukak cerita pasal kahwin. tak lama lagi satu-satunya pak sedara aku nak kahwin tak lama lagi. maka, bertambah busy lah aku masa cuti ni nak buat preparation untuk kenduri hengko. hahahha. disebabkan kenduri lepas cuti sekolah, mereka memaksa diri daku untuk memonteng kelas. sedihnya rasa hati. rasa macam nak berguling-guling  membantah cadangan mereka, *k, ni auta. pada masa cuti ni, kami berhempas pulas buat hantaran kemas rumah kemas bilik pengantin nak buat kek goodies dan memacam lagilah. sebab semuanya kami buat sendiri je. sepanjang cuti sekolah ni jugak banyak jemputan kenduri. mak aii, banyak sangat. tak larat mak nak pergi tau. hmm, apa lagi nak cerita ye. hah, twitter aku diprivate buat sementara waktu. lepas aku habis SPM nanti baru aku unprivate semula. kenapa? tayah cerita lah. sampai maghrib besok tak habis lagi cerita. hahahhhh. hah, korang nak tahu tak? tanak? k, takpelah. malas nak cerita. tak penat aku nak menaip. hahahha. okaylah, korang jangan marah ye. nanti lepas cuti sekolah aku update lagi. sekarang ni aku busy nak tengok pahang vs johor darul takzim. keh, bye.


kepada semua adik-adik yang pegi bercuti. bercuti secara berhemah dan selamat ye. jangan sampai mengorbankan nyawa. dan jangan sampai mengorbankan poket mak bapak. hihihiihi. selamat bercuti
note: err, tajuk entry tu takda kena mengena pun dengan entry ni. hihihihi