assalamualaikum w.b.t.
selamat tahun baru semua. sedar tak sedar umur aku bakal meningkat lagi. ecece. bak kata mak dah layak berkahwin. takmau ah. hahahha. gatai haa. okay, macam biasa tahun 2013 takde lah spesial mana aku bagi aku. aku rasa tahun 2013 ni bukanlah tahun terbaik dalam hidup aku. (padahal laa orang kata suwey angka 13 ni). pada tahun 2013 aku rasa stress melampau sebab nak spm. tahun 2013 aku selalu sakit, pecah rekod asyik keluar masuk klinik. Dr. Jauhar pun boleh naik heran. aku jarang pegi hospital atau klinik kerajaan tapi tahun 2013 aku pecah rekod. haila, apa mau jadi? hahaha. tahun 2013 jugak aku kehilangan orang yang aku sayang. banyak sangat peristiwa yang tak enak didengar sepanjang tahun 2013. walaubagaimanapun, tahun 2013 dah berlalu. mari kita mencipta satu kejayaan besar dan kenangan terindah sepanjang tahun 2014 ini. (semangat). heheheh.
dah masuk tahun baru kenalah fikir benda nak kena buat kan. sekarang pun aku masih memikir. nak kerja, kurang digalakkan.(oleh encik abah). rasa-rasanya dah lebih sebulan aku jadi penganggur terhormat. kehkehkeh. kerjanya hanyalah menghabiskan beras. dulu masa mula-mula tak terasa bosan pun duk rumah. sekarang baru terasa. mungkin sebab adik-adik pun pergi sekolah. so, takda orang kat rumah. dah mula rasa kesepian. nakgi jalan-jalan pun kalau sensorang tak best jugak. haila, nasib badan. bisnes online, nama pun bisnes online kan. bila ada stok baru dgn tempahan baru laa busy. takkan laa doplohpat jam nak menghadap fesbuk. boring boring. tapi sekarang aku dah start ambik lesen kereta. tapi bukan hari-hari pegi driving school kan. melampau. mak suruh gi ambik kursus menjahit. tapi alahai. malasnyaaaa. ingat nak ambik kursus bahasa. bahasa inggeris (nak mantapkan) dan bahasa mandarin tapi sampai sekarang tak pergi hantar borang lagi. hahahaha.
so sekarang aku hanya menghabiskan masa terluang tanpa membuat apa-apa. alangkah ruginyaaaa. huhuhhuhu.
sampai disini dahulu.
salam sayang,
Nadfa Bazli.
assalamualaikum. :)
Friday, January 3
Thursday, June 6
pergi yang tidak kembali
assalamualaikum w.b.t.
hari isnin malam selasa jam 11.58 malam, kedengaran suara menjerit memanggil "angah.angah. angah". nama panggilan adik-beradik kpd tuk aku. aku, mami, adik-adik aku, makngah, sepupu-sepupu aku bermalam di rumah tuk memandangkan tidak lama lagi acu aku bakal melansungkan perkahwinan. kami semua sibuk membuat persiapan.
kami semua sedang lena diulit mimpi ketika pintu rumah diketuk. makngah terjaga. dia bangun buka pintu. aku ingat acu aku baru balik dari melepak di bandar. aku tak hiraukan. dalam mamai, kedengaran satu perkataan "meninggal". rupa-rupanya, aki tam dan anaknya kak fatin mengganggu lena aku. aku tersentak. mata terbuka. hati berdetik. "meninggal. siapa yang meninggal?" pak sedara sepupu aku, mohammad zafarul syafiq meninggal. eksiden. highway kat lanchang. teruk. arwah meninggal di tempat kejadian. arwah digilis. aku terpaku. terkaku. terdiam. aki tam dan kak fatin (ayah dan adik kpd arwah) bergegas ke hospital temerloh kerana arwah dihantar ke sana.
mami dan tuk duduk berbincang. mereka mahu segera ke sana. dengan segera, mami call acu. suruh balik. mereka bergegas ke hospital temerloh jam 12.30 pagi. aku ditinggalkan di rumah. menjaga adik-adik tambahan pula makngah sedang mengandung. namun, kami takdapat melelapkan mata dan hanya menunggu berita lanjut. hampir subuh, jenazah sampai di rumah. jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital kerana fizikalnya sangat teruk. hancur. bayangkan kalau anda digilis tiga buah kereta dan sebuah lori. boleh anda bayangkan?
kami semua tidak sangka beliau akan pergi meninggalkan kami sebegini. kami tak sangka pada umur hanya 22 tahun, beliau dijemput ilahi dengan cara yang sangat tragis. yang tak pernah kami bayangkan. beliau seorang yang sangat baik. adik-beradiknya sangat terkesan dengan kepergiannya. along tak berhenti menangis. syawal dipapah masa dijemput dari kem plkn. semua orang menangis. betapa hibanya kami. aku sendiri terkesan. aku dah lama tak jumpa dgn arwah. kali terakhir jumpa arwah masa kak fiza bertunang. itupun tak sempat bertegur sapa dgn arwah. sekarang, arwah dah pergi. meninggalkan kami buat selama-lamanya.
abang ngah. kami semua sayangkan kau. kami semua rindukan kau. along menangis kalau balik dari menjenguk pusara kau ngah. along bukan along. kami tak sangka kau pergi macam ni angah. aku tahu pasti kau sendiri menangis tengok keadaan jenazah kau yang tak sempurna kan angah.. ngahhh...
keadaan kereta arwah. keretanya tak berapa teruk. tapi dikatakan arwah terpelanting keluar dari kereta.
angah, kami hanya mampu mendoakan agar kau tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. angah, kami semua sayang kau. al-fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)