Thursday, March 20

Allah lebih tahu.

assalamualaikum w.b.t.

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku

ececece, syahdu betul. macam laa korang taktahu harini 20 mac bersamaan dengan hari khamis, result spm keluar. memang berjujuran air mata mengenang result tak sedang mana. sedih ai tau.

mencecah je kaki kat bumi saujana tuu secara automatik lulut aku rasa longgar tangan aku menggigil. dapat pulak tahu member aku bad dapat 8A je. terdetik kat hati "kalau bad yang bijak pandai dapat 8A je apatah lagi aku ni?" sumpah rasa nak nangis tapi kontrol macho lagi. nanti senget shawl kalau menangis. pastu, gigih jugak aku nak check result melalui sms. tapi mak tak bagi. mak cakap kang kalau tahu result awak tak best mula takde semangat. tapi ada aku kesah. aku check jugak. hampeh takdapat jawapan. masuk je dewan rasa teruja sikit sebab jumpa kengkawan. lupa jap masalah jiwa tadi. mula-mula kengkonon nak duduk dgn mak tapi  last duduk ngan kengkawan kalau duduk dgn mak kang nangis.

majlis pun bermula.

cikgu mula panggil nama-nama tertentu suruh berkumpul. dan aku dah dup dap dup dap. makin kencang pulak rasanya. satu demi satu nama disebut. berdebar. sampai nama yang terakhir. sumpah rasa nak nangis. takde nama aku punnnn !!!! kecewa. K.E.C.E.W.A. maknanya, aku tak tergolong dalam manusa cerdik pandai yang dapat 6A keatas. dah tu, aku dapat berapa? masa tuu, aku pikir mak dan abah je. apa ek reaksi dorang. nasib baik aku tak duduk dgn dorang. lega jap. tapi tertanya-tanya aku dapat berapa A je ni? ke tak dapat langsung? da mula setan mencucuk aku. selepas budak-budak cerdik pandai bergambar apa semua, kitaorang boleh ambik result kat cikgu kelas memasing. eksaited aku gi kat cikgu aku. cikgu zuraidi memang dah mengekor aku sebab dia nak tahu sangat result aku. ceit. aku pegang kemas je result aku tanak bagi orang tengok. aku sendiri pun tak tengok lagi. terus aku salam cikgu nik cakap "cikgu, saya balik dulu. terima kasih cikgu". ingat nak blah tapi nampak pulak mak dgn abah menunggu kat belakang. takleh jadi. aku pun mula menyorok celah-celah budak ni sambil telek sikit result aku. first, aku tengok bahasa arab. alhamdulillah, lulus. nak melompat je rasa. pastu, baru aku kira berapa A aku berjaya kutip. kira punya kira alhamdullillah aku dapat 5A. rasa bersyukur sangat. tapi terkilan jugak "aku takdapat naik pentas. takdapat bunga" ada ke patut. pastu, mak dah tak puas hati. dia datang dekat panggil aku. nak tanak terpaksa lah jugak. kanan mak kiri abah. hambek kau kena kepung. tunjuk jelaa slip aku sambil muka nak nangis dah. pastu, mak pun cakap. ""okaylah ni 5A". member-member yang lain pun aku tengok muka dorang relaks je. hebat. dedi pun cakap "ini rezeki awak. Allah dah tulis lama dah tapi Dia tak tunjuk. kita tak tahu. awak dah usaha sesungguhnya. sekarang Allah dah tunjuk, inilah rezeki awak. mana tahu Dia ada yang terbaik untuk awak." perghh, seyes kata-kata dedi tu menaikkan semula semangat aku. lega sangat. sambil menelek slip aku tuu, dia cakap lagi "awak masuk jelah form 6. senang." dengan pantasnya aku cakap tanak sebab aku dah bosan tengok muka dia kat sekolah. haha.. alasan je tuu. bila tengok orang yang dapat result best seyes memang rasa jeles tapi dahni je rezeki yang aku dapat. disebalik kekecewaan aku, aku bersyukur. disebalik kekecewaan aku masih ramai lagi yang rasa teruk daripada aku. makanya, aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat. masa UPSR dan PMR dulu aku dah merasa jadi best student result gempak. sekarang aku rasa pulak perasaan orang yang tak pernah rasa diri dia hebat. Allah maha adil. dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita. sungguh, aku tak rasa aku bodoh sebab tak dapat straight A. tapi aku rasa hebat dan aku bangga dengan diri aku sendiri. sebab ini usaha aku. titik peluh aku. dah ditakdirkan ini sahaja rezeki aku. aku terima seadanya. bak kata orang, SPM bukan penamat segalanya. perjalanan hidup kita masih panjang. bersabarlah, mungkin Allah akan kurniakan sesuatu yang lebih berharga untuk kita. siapa yang tahu.

walaupun aku tahu mak abah terselit juga rasa kecewa tapi mereka terima seadanya. alhamdulillah. mak dan abah sangat memahami. terima kasih. terima kasih jugak kepada para cikgu. lupa pulak. terima kasih juga kepada cikgu syahirah sebab dia bagi hadiah yang kiut sangat. mintak maaf cikgu, saya tak dapat hadiah A bagi subjek fizik. saya cuma dapat B+ . ampunkan saya cikgu. huhuhuuhu.

hmm, tahniah kepada kengkawan yang dapat result best. kepada yang result tak berapa best jangan sedih-sedih. usaha lagi. usaha tangga kejayaan.

Thursday, March 6

dengue

assalamualaikum w.b.t.

entry aku ni berbahasa melayu walaupun title berbahasa inggeris. bukan nak bajet retis tetapi tetiba aku lupa macam mana nak eja dengue dalam bahasa melayu. peace yaw. ini pengakuan berani mati, kalau cikgu bahasa melayu aku baca konpem dia hempuk aku guna kawah masak gulai kenduri. entry aku ni sebenarnya nak menceritakan pengalaman aku dengan demam denggi dan nyamuk aedes. ini bukan cinta tiga segi tapi perang kalah mati.

        tahun lepas, kawasan kejiranan aku sangat pemes dengan demam denggi. setiap hari hampir je aku kelemasan sebab orang jabatan kesihatan hampir hari-hari fogging. hari-hari ada je kes. bukan setakat sorang yang masuk hospital sebab denggi tapi tiga empat orang sekaligus dalam masa satu hari. nak dijadikan cerita. lebih kurang seminggu nak trial SPM aku demam. dalam kepala aku " alaa, lecehlah demam. nak dekat trial kot." masa tuu, walaupun kes denggi berleluasa tapi aku konpiden je yang aku cuma demam terkejut nak SPM dan sama sekali takde kaitan dengan wabak denggi. nak dijadikan cerita, kebetulannya hari yag aku demam serentak dengan hari aku period. PMS tak boleh elak lah kan. mula-mula demam, aku mula sakit perut. ingat sebab period so watlek je. sekali melarat sampai cirit-birit then muntah-muntah. hilang selera makan. aku cuma minum air je sebab rasa dahaga sangat. pastu, sakit kepala pulak. tapi ingat biasa je sebab normal je aku sakit kepala masa period. tapi kali ni sakit kepala dan sakit mata sampai rasa mata aku macam nak terkeluar daripada soket mata. watlek watpis dulu. masuk hari kedua malam tuu aku takboleh tidur sebab sakit pinggang dan sakit belakang yang teramat-amatlah sakit. tapi watlek lagi. sebab normal je bila aku period aku sakit belakang dan sakit pinggang. walaupun kali ni sakitnya amatlah luar biasa. masuk hari ketiga aku dah takboleh berjalan sebab otot-otot kaki aku kejang dan sangat sakit. kulit aku pun kemerah-merahan. aku dah mula rasa cuak. dengan pantasnya aku bukak google. google simptom-simptom denggi. ibarat jatuh ditimpa tangga ditimpa lagi anak gajah. aku rasa hidup aku gelap gelita. simptom-simptom yang aku alami sama macam simptom denggi. sumpah, masa tuu aku ingat mati je. terus aku tepon mak. then, mak ajak pergi hospital. dah selesai daftar, aku gi timbang berat badan dengan ukur tinggi. masa ni aku terkejut sangat sebab berat aku turun mendadak. memang feeling kurus masa tuu. ceit, sempat lagi. pastu, nurse ambik bacaan suhu pulak. kali ni nurse pulak yang terkejut sebab suhu aku sangat tinggi. daripada pagi aku tunggu tengahari barulah nombor aku naik. then, aku masuk bilik doktor. Dr. Aida kalau tak silap aku. maka, aku pun cerita lah dekat doktor pasal simptom-simptom aku bla bla bla aku membebel. bestnya, doktor pun suspek aku denggi. maka, doktor pun suruh aku gi buat blood test dengan urine test. malangnya, dah sampai lunch hour so aku kena tunggu sampai pukul 2. mak pulak kena balik rumah yelahh adik-adik dah balik sekolah. abah pulak yang bergegas datang hospital nak temankan aku. masa nak ambik darah nilah yang susahnya. bukan aku takut jarum tapi urat aku memang suka main nyorok-nyorok kalau nampak jarum. jenuh nurse mencari urat aku last-last dia pun try and error je. nasib baik dapat darah. pastu, aku pun gi hantar darah aku dengan urine ke makmal. dan, tunggu result pulak. dah dapat result terus aku masuk bilik doktor bagi result tu. and guess what? aku negatif denggi. alhamdulillah. rasa lega sangat. rasa macam mati hidup semula. tapi simptom tu semua, pelik kan? abaikan. keesokan harinya, badan aku mula gatal-gatal dan naik bintik-bintik merah. rupa-rupanya aku kena MEASLES. sekali lagi khidmat google diperlukan. aku google simptom measles dan simptom measles dan denggi memang serupa. maka, aku jawab trial dengan bintik merah measles. sekian.